Makeover Dapur Rumah Sempit Berkonsepkan "L Shape"

Ditulis oleh

Memiliki ruang dapur rumah yang mempunyai ruang yang agak terhad bukanlah menjadi salah satu isu dan penghalang untuk anda tidak deco ruang dapur anda supaya cantik dan kelihatan kemas. Ruang dapur luas atau sempit semuanya layak untuk diberikan nafas baru. Dengan itu, anda akan dapat memasak dalam keadaan selesa dan ceria. Perkongsian pada kali ini adalah dari Shamsina Ismail. Perkongsiannya adalah mengenai makeover dapur rumah sempit berkonsepkan "L Shape".

Jom ikuti perkongsian deco dapur yang sangat cantik dan menarik ini.

Makeover Dapur Rumah Sempit Berkonsepkan "L Shape" :

 

Akhirnya!

Siap sudah ubahsuai ruang dapur sempit saya.

Alhamdulillah.

 

Ini adalah keadaan ruang dapur sebelum proses ubahsuai dilakukan. Dapur sebelum diubahsuai dilihat lebih kepada gaya lama.

deco dapurSusunan barang untuk dapur sebelum diubahsuai ini agak tidak kemas dan terlalu padat. Jom kita lihat keadaan dapur setelah ubahsuai selesai dilakukan dengan gaya baru.

deco dapurBahagian dapur tadi dialihkam semuanya sekali dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diubahsuai dengan konsep dapur baru.

deco dapurIni adalah keadaan ruang dapur setelah proses ubahsuai selesai dilakukan dengan konsep baru iaitu konsep "L Shape Kitchen".

deco dapurIni pula adalah keadaan dapur dari sudut pandangan berbeza. Iaitu sudut dan ruang memasak.

deco dapurDapur sempit pun kalau pandai deco memang cantik dan menarik bukan? Lihatlah bukti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Sangat menarik konsep yang diterapkan.

deco dapurItu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk  mencari sumber idea dan inspirasi bagi ubahsuai rumah masing-masing. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat mendeco dapur rumah masing-masing.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 25, 2021
Dikemaskini pada
September 25, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram