Ubahsuai Rumah 850sqft Kepada Gaya "Elegan Mewah"

Ditulis oleh

Memiliki rumah yang mempunyai ruang yang terhad adalah satu cabaran untuk pemilik rumah dalam cuba untuk mendekorasikan rumah masing-masing. Ramai orang yang memiliki ruang rumah terhad berfikiran bahawasanya "rumah kecil tak perlu diubahsuai bagi cantik. Anda silap sebenarnya. Perkongsian Giler Deco kali ini adalah dari Syafiq Saff yang ingin berkongsi mengenai ubahsuai rumah 850sqft kepada gaya "elegan mewah".

Apa yang dilakukan oleh lelaki ini patut dijadikan inspirasi untuk anda. Lagi lagi untuk mereka yang memiliki rumah ruang terhad seperti ini. Transformasi yang dilakukan sangat menakjubkan. Boleh dikatakan jauh bezanya dari dekorasi asal rumah. Menarik bukan apa yang dilakukan oleh lelaki ini?

Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian transformasi rumah sebelum dan selepas yang telah dikongsi oleh lelaki ini di laman sosial miliknya.

Ubahsuai Rumah 850sqft Kepada Gaya "Elegan Mewah" :

 

Ini adalah  keadaan rumah sebelum proses pengubahsuaian dilakukan dengan gaya mewah elegan. Kalau anda perasan keadaan rumah yang belum diubahsuai ini agak suram dan gelap bukan? Dibahagian pintu dipenuhi dengan tampalan poster pada dinding dan susunan perabot juga agak simple dan biasa.

Ini adalah keadaan ruang rumah selepas proses pengubahsuaian mula dilakukan dengan jayanya. Pelekat dinding mula dibuang dan dinding mula dicat dengan warna putih terlebih dahulu.

Proses pengubahsuaian diteruskan dengan proses wainscoting dibuat pada dinding bagi menambahkan seri dan gaya mewah pada rumah tersebut.

Jenis cat dinding yang digunakan adalah Summer Snow (Jotun) kod 1928. Link Shopee cat : https://invol.co/cl4jyba

Ini adalah keadaan dinding rumah setelah selesai diubahsuai dengan gaya elegan mewah diterapkan. Dengan menggunakan gaya ini rumah ini kelihatan begitu mewah dan cantik. Ramai yang tidak percaya bahawasanya rumah berkeluasan 850 mampu digayakan dengan konsep yang mewah seperti ini.

Ubahsuai Rumah 850sqftIni adalah padangan dari sudut berbeza selepas selesai diubahsuai.

Ubahsuai Rumah 850sqftItu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea dalam mengubahsuai rumah yang mempunyai ruang terhad.

Jenis cat pintu yang digunakan adalah Seamaster Super Glo 6600 White. Link Shopee : https://invol.co/cl2zqf3

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 22, 2021
Dikemaskini pada
Mac 22, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram