Dekorasi Rumah Diatas Air Yang Simple & Menarik

Ditulis oleh

Pernahkah anda terfikir bahawa rumah ideal ini besar dan mewah? Sebuah rumah yang ideal tidak semestinya besar, mewah dan dipenuhi perabot mahal, tetapi cukuplah sebuah rumah itu mampu untuk membahagiakan penghuni di dalamnya. Antara rumah ideal ialah rumah diatas air.

Setiap daripada individu mempunyai kebahagiaan yang merangkumi berbeza cara. Tidak semua mampu untuk dekorasi yang mahal, ada juga yang sederhana. Semuanya terletak pada sifat bahagia dalam diri yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat diberi Ilahi.

Baru-baru ini, seorang wanita Mariyah Ghazali berkongsi gambar ruang rumah diatas air yang dideko dengan cara yang sederhana tapi kemas. Yang menariknya, rumah Mariyah itu dibina di atas sebatang sungai di Marang, Terengganu. Dalam erti kata lain rumah diatas air.

[foogallery id="5986"]

 

Perkongsian beliau di platform Facebook mendapat lebih 34,000 like dan 6 ribu perkongsian. Beliau menulis “Cara bahagia masing-masing. Yang penting kita selesa dan tenang,”didalam Kelab Kaki Deko. Malah, gambar-gambar rumahnya mendapat respon yang sangat positif daripad ahli kumpulan tersebut.

Respon Orang Lain

Sedap Mata Memandang

Walaupun tidak mewah tapi ia masih lagi sedap dipandang oleh orang lain

Bahagia cara kita

Tidak semua orang mampu untuk mengikuti trend-trend yang terkini. Yang penting kita buat dengan cara kita dan juga bahagia dengan cara kita.

Dari sini kita dapat saksikan bahawa dekorasi tidak perlulah yang mahal-mahal. Cukup sahaja dengan kemampuan yang dapat membahagiakan diri kita. Itu sahaja perkongsian Giler Deco ingin kongsikan dengan anda. Semoga ini bermanfaat untuk semua.

Sumber : Mariyah Ghazali

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Jadikan Bilik Tidur Anda Nampak Besar & Luas Dengan 5 Tips Bilik Tidur Ini !!!

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 30, 2020
Dikemaskini pada
November 30, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram