D.I.Y Tempat Gantung Kain Anak Berkhatan Guna PVC

Ditulis oleh

Bulan disember hampir melabuhkan tirainya untuk tahun 2020 ini. Biasanya pada bulan ini kita akan dapat lihat ramai ibu-bapa mula sibuk mencari klinik untuk sunatkan anak masing-masing. Sebab kenapa bulan disember selalu dikaitkan dengan bulan berkhatan adalah kerana pada bulan ini merupakan musim cuti sekolah. Untuk perkongsian kali ini adalah dari saudara Mohd Sani Soid mengenai d.i.y cara buat tempat gantung kain anak berkhatan hanya menggunakan batang paip.

Tidak dinafikan pada minggu pertaman berkhatan kanak-kanak akan mengikat kain supaya tidak akan menyentuh kawasan yang disunatkan bagi mengelak kesakitan. Jadi dengan perkongsian diy temoat gantung kain anak berkhatan ini sedikit sebanyak dapat membantu anak anda untuk selesa apabila berkhatan.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian diy yang menarik ini.

D.I.Y Tempat Gantung Kain Anak Berkhatan Guna PVC :

Untuk membuat d.i.y tempat gantung kain anak berkhatan hanya menggunakan batang paip ini tidaklah begitu rumit kerana peralatan yang digunakan pun simple sahaja. Pemasangan pun tidaklah perlu rapi kerana ini hanyalah untuk gantung kain sahaja, bukan untuk letakkan pasu bunga dan sebagainya.

Bercakap tentang bajet pula , modal yang dikeluarkan tidaklah begitu tinggi sekitar rm30 saja, batang paip berukuran 10meter, join L 8pieces, dan join T 8pieces.

Ini adalah hasil yang telah siap.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea apa yang ingin digunakan untuk anak-anak yang mahu berkhatan nanti. Dengan cara ini anda tidak lagi perlu risau keadaan anak anda semasa berkhatan dan selepas berkhatan nanti. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 24, 2021
Dikemaskini pada
Januari 24, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram