Projek Ubahsuai Dapur Mengikut Tahun Guna Wallpaper

Ditulis oleh

Dapur yang sentiasa kelihatan cantik dan menarik mampu menghadirkan semangat yang membuak-buak buat suri rumah untuk memasak. Sebenarnya, untuk memastikan dapur rumah sentiasa cantik dan kelihatan ceria tidaklah memerlukan bajet yang agak besar, deco dengan cara bajet juga mampu menjadikan dapur kelihatan menarik juga. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini, beliau melakukan projek ubahsuai dapur mengikut tahun guna wallpaper yang dibeli secara online sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Projek Ubahsuai Dapur Mengikut Tahun Guna Wallpaper Kedai Online

Banyak belajar mendeco walau bajet kecil. Dari tahun ke tahun, Semuanya saya buat sendri. Walaupun tak secantik mana, tetapi saya rasa satu kepuasan dalam diri saya setelah berjaya deco dapur sendiri.

Tahun 2017 :

Belajar dan terus belajar, perubahan dapur kecil dari tahun 2017 - 2021.

Tahun 2018 :

Akhirnya sudah siap sepenuhnya pemasangan wallpaper yang dibeli dari kedai ECO. Wallpaper yang digunakan hanya 10 roll sahaja dan sangat menjimatkan bajet. Inilah dapur kecilnya pada 2019 setelah selesai diubahsuai. Bahagian tepi dinding itu tidak berapa rata, puas cari tak jumpa lagi corak seperti ini.

ubahsuai dapur

2019 Sebelum : 

ubahsuai dapur

2019 Selepas : 

Dapur yang sama cuma tukar wallpaper baru sahaja. Banyak lagi nak kena make up dapur ini. Buat ala kadar sahaja dengan menukarkan wallpaer baru pada dinding. ubahsuai dapur

Tahun 2020 :

Ini kali ke-3 Cik Azi tukar wallpaper untuk ruang dapur sekangkang kera ini. Semua itu dihasilkan sendiri. Wallpaper  dibeli dari Shopee Sahaja.

ubahsuai dapur

Tahun 2021 :

Beliau merupakan seorang yang cepat jemu. Setiap 2 tahun beliau akan tukar wallpaper dapur rumahnya. Cuma bidai itu beliau belum sempat tukar lagi, katanya.

ubahsuai dapur

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Jika tahun 2022 dapurnya berubah wajah lagi. Kami akan tambah koleksi deco dapurnya semula disini. Teruskan bersama kami.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram