Lelaki Ini Ajar Cara DIY Paip Bocor Dalam Tanah

Ditulis oleh

Masalah paip bocor di dalam tanah kadangkala kerap terjadi kepada pemilik rumah. Ini adalah salah satu masalah yang boleh dikatakan susah untuk nampak oleh kerana paip tersebut berada di dalam tanah. Cara tepat untuk mengetahui masalah ini adalah dari bil air yang anda dapat. Kalau tiba-tiba bil melambung tinggi mesti ada benda yang tidak kena dengan paip anda. Untuk perkongsian kali ini adalah dari Mohd Sani Soid mengenai cara diy paip bocor dalam tanah.

Bil air tiba-tiba meningkat , lepas check tengok meter bergerak tanpa henti, saya hubungi Pihak Syabas untuk check meter, Syabas tukar meter baru tapi meter masih bergerak tanpa henti, jadi memang 100% paip ada bocor dalam tanah, jadi sebelum pembeli rumah masuk pindah, terpaksalah baiki, saya tak mahu aniaya orang.

Peralatan yang wajib adalah :

  • Tangga untuk memanjat siling.
  • Pipe Cutter untuk mudah potong paip.
  • Impact Drill untuk tebuk dinding.
  • Grinder with Diamond disc untuk potong mozek.
  • Lain-lain peralatan seperti tukul, pahat, Skru driver, pipe wrench, dan spanar.

Untuk kos raw material dalam harga Rm 100 - rm 150 bergantung pada kedai hardware, seeloknya buat senarai apa barang yang perlu dibeli supaya semasa proses diy nanti tidak terganggu.

Cara DIY Paip Bocor Dalam Tanah

Langkah 1 :

Image may contain: shoes and outdoorTebuk dinding di sinki dapur dari luar di lokasi untuk kita pasang pili baru. Guna Impact Drill, luar lembut sebab simen bata.

Langkah 2 :

Image may contain: shoes and outdoor

Grind mozek guna Grinder with Diamond Disc, korek keluar mozek guna pahat. Selepas itu sambung tebuk guna Impact Drill dari dalam pula, agak keras sebab simen konkrit.

Langkah 3 :

Image may contain: outdoorHasilnya bagi muat lubang dengan saiz paip nanti.

Langkah 4 :

No photo description available.Seeloknya, mulakan kerja-kerja piping dari luar, saya guna PVC pipe saiz 3/4 inchi.

Langkah 5 :

Image may contain: plant and outdoorMasuk ke pagar.

Langkah 6 :

Image may contain: plant, tree and outdoorNaik ke bumbung. Saya tukar ke jenis poly pipe sebab boleh lentur, mudah nak tarik paip atas siling.

Langkah 7 :

Image may contain: plant and outdoorDari siling, keluar ke ruangan tangki simpanan air rumah. Dari sini saya tukar ke sambungan paip pvc semula.

Langkah 8 :

Image may contain: one or more people, bicycle and outdoorMasuk ke tangki air ada T junction untuk ke siling semula sebelum turun ke sinki dapur dibelakang rumah. Paip warna biru itu adalah paip asal yang sudah tidak digunakan lagi selepas ini. Sebab masalah kebocoran dalam tanah itu.

Sebelum masuk ke dinding atau siling itu, tukar semula kepada paip jenis poly pipe.

Langkah 9 :

Image may contain: plantDari siling atau tangki air tadi. Turun ke belakang rumah bahagian sinki dapur. Tukar semua ke paip jenis paip pvc. Pasang satu pili stop valve jenis brass. Untuk kemudahan pemilik baru rumah jika ada nak buat ubahsuai rumah selepas ini. Ada T junction jugak, satu ke sinki masih lagi saiz 3/4 inchi. Satu lagi ke Pili untuk kegunaan mesin basuh. Saiz bertukar ke 1 per 2 inchi iaitu standard size untuk peralatan paip rumah anda.

Langkah 10 :

No photo description available.

Pili 1 per 2 inchi guna pili jenis 2 outlet, satu outlet boleh guna untuk mesin basuh. Satu lagi outlet untuk kegunaan apa utiliti seperti paip getah.

Langkah 11 :

No photo description available.Pasang L connector saiz 3 per 4 inchi bertukar ke 1 per 2 inchi. Sebab untuk peralatan rumah adalah saiz 1 per 2 inci, kemaskan dengan Kapur simen lubang yang sudah ditebuk.

Langkah 12 :

No photo description available.Pasang paip Connector yang ada  thread jenis brass di dalam supaya tahan lebih lama. Kemaskan juga dengan Simen Kapur lubang mozek yang sudah ditebuk tadi.

Langkah 13 :

No photo description available.Biarkan kering 1-2jam. Dan sudah boleh pasang pili baru untuk sinki, lubang paip lama sudah boleh tutup, setelah yakin semua gam dah kering, boleh buka semula air dari meter untuk melihat hasil DIY anda. Selesai.

Sedikit tips tambahan,  sebelum buka semula air dari meter. Pastikan semua outlet pili baru wajib dibuka, sebab dalam paip yang baru dipasang adalah kosong hanya ada angin. Kalau tutup outlet nanti angin dalam paip jadi mampat. Boleh berlaku kebocoran pada mana-mana sambungan paip baru yang anda buat.

Baca juga : Rumah Dari Single Storey Ke Double Storey Dengan Ada Sunroof Lagi. Inspirasi.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 21, 2021
Dikemaskini pada
Januari 21, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram