Wanita Ini Kongsikan DIY Cermin Vanity

Ditulis oleh

Cermin merupakan benda yang wajib ada dalam sesebuah rumah. Cermin digunakan oleh semua orang sama ada untuk berdandan ataupun untuk melihat cela yang ada pada muka. Selain dari itu, banyak lagi kegunaan cermin. Ada juga yang menggunakan cermin untuk membuatkan ruangan rumah ataupun bilik kelihatan luas daripada saiz asal. Untuk kali ini Giler deko mahu berkongsi satu perkongsian dari Siti Teha mengenai diy cermin vanity.

Kalau nak beli kat kedai, harga cermin dekat pasaran boleh tahan juga mahalnya. Apa kata anda diy sendiri cermin kegemaran anda. Murah dan sangat jimat! sesuai untuk golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli cermin vanity mahal.  Jom sama-sama kita ikuti cara mudah diy cermin vanity dari wanita ini.

DIY Cermin Vanity :

 

bahan yang diperlukan :

  • 4 keping cermin
  • Kotak
  • Wayar
  • Plug
  • Gam UHU
  • Lampu
  • Wallpaper

Cara-caranya :

1. Tebuk lubang sebanyak mana yang anda mahu untuk letak lampu itu. Cermin itu dibeli dekat kedai Eco rm2. Kotak recycle sahaja mana yang ada. Kotak yang digunakan adalah kotak aircond sebab saiznya lebih besar.

2.Pasang wayar seperti ini. Wayar pun anda boleh beli dekat Kedai Eco rm2. Yang guna wayar dekat rumah sahaja sebab ada wayar lebih.

3. Wallpaper yang dibeli di atas kotak tadi. Wallpaper pun boleh di beli di kedai Eco sahaja.

4. Ini adalah Hasilnya! memang setanding cermin mahal yang dijual di pasaran. Bekas makeup itu pun dibeli di kedai Eco RM2.

 DIY Cermin Vanity

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Di harap dapat membantu anda yang tidak berkemampuan untuk cuma diykan cermin sendiri dengan menggunakan barangan kedai Eco sahaja.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 31, 2021
Dikemaskini pada
Januari 31, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram