Lantai vinyl merupakan produk Home & Living yang paling popular di Shopee. Tahan lama, mesra DIY dan boleh didapati dengan harga mampu milik menjadikan ramai memilih lantai vinyl untuk rumah mereka. Tetapi jika mahu memasang lantai vinyl, sudah pastnya anda perlu mengetahui kelebihan dan kekurangan lantai vinyl tersebut untuk memastikan ia sesuai untuk kegunaan di rumah anda.
Jangan keliru antara vinyl dengan linoleum dan lamina!
Vinyl semakin mendapat permintaan tinggi berbanding keduanya kerana bentuk teksturnya yang unik, mudah lentur dan mempunyai keupayaan untuk bertahan lama dalam keadaan persekitaran yang lembap.
Selain itu, faktor yang menyebabkan lantai vinyl ini begitu laris adalah kerana coraknya yang tampak realistik dan lebih menarik.
Perbezaan Di Antara Lantai Vinyl dan Lantai Linoleum
Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kelebihan dan kekurangan lantai vinyl, kami terangkan terlebih dahulu mengenai perbezaan lantai vinyl dan lantai linoleum.
Lantai lamina adalah kurang tahan berbanding lantai vinyl kerana faktor penggunaan sisa kayu yang dimampatkan menjadikan ia sensitif kepada suhu dan kelembapan.
Lantai linoleum tidak sama seperti lantai vinyl, lantai linoleum diperbuat daripada campuran bahan semulajadi. Linoleum adalah pilihan utama jika anda mahukan lantai yang lebih mesra alam kerana ianya bersifat tahan lama sehingga mencecah hampir 150 tahun ketahanannya. Mungkin disebabkan itu jugalah lantai linoleum ini digelar sebagai lantai “lapuk”.
Lantai linoleum tidak kalis air seperti lantai vinyl tetapi boleh bertahan lama sekiranya dijaga dengan betul. Penggunaan lantai vinyl tidak memerlukan penyelenggaraan, cara menjaganya adalah sangat mudah dengan hanya menyapu dan mop sahaja.
Berbeza dengan lantai linoleum, ia perlu disaluti dengan lapisan pelindung dan waxing serta perlu dilakukan setiap setahun sekali. Itulah rahsia yang membuatkan lantai ini lebih tahan lama. Lantai linoleum lebih mahal berbanding lantai vinyl dan biasanya sering diguna pakai pada ruang komersial seperti pejabat.
Apakah Kelebihan Penggunaan Lantai Vinyl?
Lembut apabila dipijak Salah satu sebab lantai vinyl digemari oleh orang ramai adalah kerana memiliki permukaan yang licin dan selesa apabila dipijak.
Mudah dipasang Cara pemasangan sangat mudah dengan menampalkannya sahaja pada bahagian lantai mengikut kreativiti anda tersendiri.
Kalis air dan mudah dicuci Jika makanan atau minuman tertumpah, ianya boleh dibersihkan dengan hanya menggunakan kain bersih dan vakum sahaja.
Tahan lama Lantai vinyl memiliki sifat yang sama seperti tikar getah iaitu tahan lama. jika dibandingkan dengan penggunaan karpet berbulu, lantai vinyl lebih mudah dicuci. Hal ini kerana, lantai vinyl adalah sejenis bahan yang tidak menyerap cecair.
Dihasilkan dengan pelbagai corak Salah satu keistimewaan lantai vinyl adalah disediakan dengan pelbagai motif dan corak yang sangat menarik. Salah satu motif yang sangat popular adalah corak kayu.
Ukuran yang fleksibel Biasanya, ukuran bagi bahan seramik telah ditetapkan dengan ukuran 20cm x 20 cm dan 30 cm x 30 cm. Untuk lantai vinyl pula, ukuran saiznya lebih versatil dan boleh dipilih mengikut keluasan rumah anda.
Menjimatkan kos Harga lantai vinyl tidaklah semahal lantai marmar dan sebagainya. Harganya sangat mampu milik membolehkan semua golongan mampu untuk menggunakan lantai ini.
Apakah Kekurangan Penggunaan Lantai Vinyl?
Berisiko mudah terkoyak Meskipun sifat lantai vinyl ini mudah lentur dan tidak mudah koyak, namun, anda perlu berhati-hati sekiranya mahu meletakkan barangan berat di atasnya. Sebaiknya elakkan menggeser perabot yang memiliki kaki tajam kerana perbuatan tersebut dapat membuat permukaan lantai terkoyak.
Sukar untuk dibaiki Jika lantai vinyl sudah terkoyak, ianya memang sudah tidak dapat dibaiki lagi. Walaupun bahagian yang rosak hanya kecil sahaja, namun untuk menggantinya, anda perlu membeli sekotak vinyl kerana ianya tidak dijual secara keping.
Sukar untuk dicabut Sudah pasti lantai vinyl yang susah untuk dicabut menjadi kelebihan dan sekaligus juga menjadi kekurangan untuk anda. Ia bererti, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk dicabut dan akan meninggalkan kesan gam pada bahagian lantai tersebut.
Mudah bertukar warna Apabila lantai ini selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang kerap akan menyebabkan warnanya mudah pudar.
Dibimbangi terdedah kepada bahan kimia. Boleh dikatakan bahan PVC kebanyakan mengandungi satu atau lebih bahan kimia termasuk plumbum, kadmium, kromium, timah dan antimoni.
Tidak mesra alam. Semua menegetahui bahawasanya lantai vinyl bukanlah diperbuat daripada kayu asli. Lantai vinyl seratus peratus dihasilkan dari bahan PVC.
Elakkan dari tersalah pasang Pemasangan yang tidak betul boleh menyebabkan terjadinya gelembung dan menyebabkan ianya lebih cepat haus apabila bergesel.
Kesimpulannya, setiap lantai yang digunakan di rumah mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Jadi, buatlah pilihan terbaik dalam pemilihan lantai bagi memastikan anda dapat tinggal dalam keadaan yang selesa. Semoga perkongsian kelebihan dan kekurangan lantai vinyl ini bermanfaat untuk anda semua.