Jenis Rumput Karpet Yang Manakah Sesuai untuk Rumah Anda?

Ditulis oleh

Semakin ramai pemilik rumah memilih rumput karpet untuk landskap laman rumah mereka. Penggunaan rumput karpet menjadikan rumah nampak mewah, lagi-lagi apabila dipadankan dengan spesies pokok yang sesuai dan pasu yang menarik.
Terdapat 2 jenis rumput karpet, iaitu rumput tiruan dan rumput karpet asli. Jom kita lihat apa perbezaan antara 2 jenis rumput ini dan jenis yang manakah sesuai untuk laman rumah anda.

Apa Itu Rumput Tiruan?

Rumput karpet tiruan adalah rumput buatan manusia yang diperbuat daripada bahan sintetik yang kelihatan seperti rumput sebenar.

Rumput sintetik mempunyai bilah daun berwarna hijau dan saiz panjang rumput itu juga berbeza-beza. Ia dihasilkan seperti permaidani, tidak mudah tercabut kerana bilah rumputnya dijahit dengan menggunakan mesin.

Kebanyakan rumput karpet tiruan baharu yang dihasilkan pada masa kini turut dianyam dalam jerami berwarna coklat bagi meniru warna dan tekstur rumput mati supaya menyerupai rumput sebenar. Dengan teknologi zaman moden kini, rumput tiruan sudah setaraf dengan rumput sebenar disebabkan oleh bentuk dan teksturnya yang lebih realistik dan lebih nyata.

Rumput Tiruan Pertama Bukan Dipasang Di Rumah, Tetapi Stadium

Rumput tiruan pertama kali digunakan pada tahun 1966 apabila ia dipasang di padang stadium sukan tertutup pertama di dunia di Houston Astrodome. Kali pertama stadium itu dipasang rumput adalah pada pada tahun 1965, mereka gagal sepenuhnya dalam penanaman rumput sebenar. Di pertengahan musim, keadaan padang menjadi bertambah teruk dan memaksa mereka untuk memasang rumput tiruan.

Rumput tiruan biasanya digunakan untuk aktiviti sukan. Penggunaan rumput tiruan mula dikenali diseluruh dunia untuk digunakan pada kawasan sukan seperti padang baseball, pusat sukan bola sepak, padang hoki dan sebagainya. Selain itu, pada masa kini, ia mula digunakan bagi penghasilan landskap rumah kediaman juga.

Apakah Ciri-Ciri Rumput Karpet Tiruan?

Apa yang membuatkan rumput karpet tiruan ini digilai ramai adalah kerana ia sentiasa kelihatan menarik dari segi estetik dalam semua jenis cuaca. Hal ini kerana, perubahan cuaca langsung tidak memberi kesan kepada bentuk dan tekstur rumput tersebut. Ia akan terus kekal hijau, kemas, dan kelihatan baik sepanjang tahun dalam apa jua keadaan cuaca.

Apakah Kelebihan Rumput Karpet Tiruan?

Rumput karpet tiruan lebih mudah untuk digunakan kerana tidak memerlukan banyak penyelenggaraan. Hal ini kerana, rumput tiruan tidak perlu disiram, dan dibaja seperti rumput sebenar.

Selain itu, penggunaan rumput tiruan tidak perlu menggunakan mesin pemotong rumput seperti rumput sebenar. Dengan itu, ia dapat mengurangkan pencemaran udara akibat daripada kesan gas monoksida yang terbebas semasa proses pemotongan rumput dilakukan.

Apakah Kekurangan Rumput Karpet Tiruan?

Terdapat beberapa kekurangan rumput karpet tiruan. Dalam sesetengah kes, penghasilan rumput tiruan boleh memudaratkan alam sekitar dan menyebabkan pencemaran.

Selain itu, ia boleh menjadi begitu mahal untuk dipasang sekiranya rumput itu berkualiti tinggi. Ia juga mengambil masa yang agak lama untuk dipasang berbanding rumput asli kerana proses pemasangannya tidak semudah penanaman rumput asli.

Rumput tiruan tidak dapat menghasilkan bau dan udara yang segar secara semula jadi seperti rumput asli. Ia juga tidak bertahan lama seperti rumput asli, kadar ketahanan dan jangka hayat rumput tiruan lebih kurang selama 7 hingga 15 tahun sahaja.

jenis rumput karpet

Berapakah Harga Rumput Karpet Tiruan?

Bercerita mengenai harga, harga untuk rumput karpet tiruan bergantung kepada jenis kualiti yang diinginkan. Jika inginkan rumput tiruan yang berkualiti tinggi dan tahan lama, bajet yang dikeluarkan akan lebih besar. Kebiasaannya, ia dijual dengan kadar harga serendah RM10/meter sahaja, bergantung kepada panjang rumput dan lebar rumput tersebut.

Antara saiz rumput yang dijual ialah 15mm, 20mm, 25mm, 30mm dan 35mm.

Kedai Online Yang Menjual Rumput Karpet

Pada masa kini pembelian rumput secara atas talian tidak asing lagi. Begitu juga rumput tiruan ini, ia banyak dijual di platform-platform yang popular seperti Shopee dan Lazada.

Anda hanya perlu tahu cara untuk mengira keluasan laman dan berapa unit rumput karpet yang diperlukan untuk kawasan tersebut.

Jenis Rumput Karpet

Rumput Karpet Viral

Rumput karpet berkualiti dan harga berpatutan boleh beli disini.

Rumput Karpet Asli

Rumput karpet asli merupakan rumput sebenar namun ia tidak bertumbuh seagresif rumput biasa dan lebih mudah dijaga. Sudah tentu rupanya nampak seperti karpet seperti namanya.

Terdapat 4 jenis rumput karpet asli yang dijual di pasaran, iaitu:

  • Rumput karpet lembu
  • Rumput karpet mutiara
  • Rumput karpet Filipina
  • Rumput karpet Jepun

Apa Itu Rumput Karpet Lembu?

Rumput karpet lembut dikenali sebagai Axonopus compressus yang merupakan rumput mudah ditemui di tepi jalan, kawasan taman, kawasan pembuangan dan ladang. Ia paling sangat sesuai ditanam di kawasan persekitaran yang lembap, hangat dan sederhana teduh.

Rumput jenis ini tidak perlu risau untuk dipijak dan tidak mudah rosak sewaktu dipijak. Namun, ia tidak dapat menahan keadaan yang terlalu berair untuk jangka masa yang lama. Tetapi, ia mudah tumbuh dalam pelbagai keadaan tanah tidak kira tanah berpasir ataupun tanah liat.

jenis rumput karpet

Apakah Ciri-Ciri Rumput Karpet Lembu?

Terdapat dua jenis rumput lembu:

Varian 2 Kelopak:

Varian dua kelopak mempunyai bilah daun yang lebih besar daripada varian tiga kelopak dan mempunyai warna hijau yang lebih gelap. Ia adalah baka yang lebih utuh dan membiak dengan lebih cepat daripada varian tiga kelopak.

jenis rumput karpet
Gambar dari Cowgrass

Varian 3 Kelopak:

Rumput lembu tiga kelopak sangat popular untuk padang rumput kekal sebagai penutup tanah. Ia mempunyai ciri tona berwarna hijau zamrud dan mempunyai daun lebar yang menarik dari segi nilai estetika.

Rumput karpet lembu sangat digemari oleh kerana kebolehsuaiannya dalam tanah yang kurang subur dan iklim tempatan yang lembap serta keupayaannya untuk membesar dalam keadaan teduh.

jenis rumput karpet
Gambar dari Feedipedia

Apakah Kelebihan Dan Rumput Karpet Lembu?

Apakah Kelebihan Rumput Karpet Lembu?

Rumput karpet lembu adalah sejenis rumput yang mudah tumbuh di mana-mana, sangat tahan lasak dan sering digunakan di merata-rata tempat. Contohnya seperti taman permainan, bahu jalan dan tempat-tempat untuk beriadah. Ia juga sangat tahan dari terkena segala serangan perosak, penyakit, cuaca yang tidak menentu dan rumput liar. 

Selain itu, ia tidak perlu dibaja dan tidak memerlukan banyak air disebabkan oleh cuaca yang panas dan kering dalam tempoh beberapa minggu. Ia sangat mudah tumbuh dengan kadar air yang banyak dan kesuburan tanah.

Apakah Kekurangan Rumput Karpet Lembu?

Penggunaan rumput jenis ini perlu dijaga dengan baik. Ia perlu perlu dipotong dengan sangat kerap, lebih kurang 2 minggu sekali kerana rumput lembu sangat mudah untuk membiak dalam masa yang singkat apabila keadaan tanah subur dan sering terkena hujan. Selain itu, dari segi bentuk fizikal pula, permukaan rumput karpet lembu tidak begitu rata dan tidak kelihatan seperti karpet.

jenis rumput karpet

Berapakah Harga Rumput Karpet Lembu?

Terdapat 2 jenis rumput Cow Grass yang sering dibekalkan oleh penjual rumput.

  1. Rumput Cangkul.
    Saiz untuk sekeping adalah lebih kurang 1 kaki panjang dan 1 kaki lebar.
  2. Rumput Mesin (Sod Cutter)
    Rumput jenis ini sering diguna pakai dalam kuantiti yang besar seperti padang bola.

    Harga sekeping rumput karpet lembu (27cm x 57cm) adalah dalam lingkungan RM1.50 tidak termasuk upah pemasangan.

Di manakah Kedai Online Yang Menjual Rumput Karpet?

Jenis Rumput Karpet Lembu

Rumput Karpet Lembu

Rumput jenis ini juga boleh dibeli di platform online.
Beli di Shopee

Apa Itu Rumput Karpet Mutiara?

Hemianthus micranthemoides, juga dikenali sebagai rumput mutiara dan rumpai mutiara, ialah tumbuhan akuatik popular yang paling biasa digunakan dalam akuascaping. Ia menyerupai tumbuhan akuarium tetapi mempunyai daun yang agak besar. Ia tergolong dalam tumbuhan akuarium yang biasanya dikenali sebagai rumpai mutiara.

jenis rumput karpet

Apakah Ciri-Ciri Rumput Karpet Mutiara?

Rumput Mutiara kelihatan lebih kurang seperti rumput lembu tetapi mempunyai daun yang lebih pendek, bulat dan tebal. Secara kebiasaannya, bilah rumput lain akan tumbuh secara menegak, tetapi berbeza dengan rumput karpet mutiara, ia tumbuh mengiring dan mendatar di atas tanah.

Apakah Kelebihan Rumput Karpet Mutiara?

Rumput karpet mutiara tumbuh dengan baik mengikut kesesuaian tanah. Tanah yang sesuai untuk rumput jenis ini adalah yang mempunyai keadaan berpasir dan bersaliran baik. Selain itu, ia sesuai ditanam di kawasan separa teduhan dan mempunyai toleransi yang tinggi terhadap cuaca panas yang berpanjangan.

Disebabkan pertumbuhannya agak perlahan, ia tidak perlu dipotong secara mingguan mahupun bulanan. Di samping itu, ia juga berupaya mengurangkan tekanan karbon di persekitaran secara semula jadi dan dapat menjadikan halaman rumah sentiasa kelihatan subur dan menarik.

Apakah Kekurangan Rumput Karpet Mutiara?

Rumput mutiara memerlukan lebih banyak air berbanding rumput lembu untuk pertumbuhan yang baik dan ia tidak tahan lasak.

Kadar pertumbuhan rumput ini adalah lebih perlahan dan ia lebih menyukai kawasan yang teduh dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

Jika terlalu terdedah, ia memerlukan penyiraman yang kerap. Jika tidak, bahagian tepi bilah akan bertukar menjadi warna coklat.

Jika rumput ini terlalu terdedah dengan air bertakung selepas hujan, berkemungkinan akan mudah dijangkiti kulat dan boleh menyebabkan rumput itu cepat mati.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang agak perlahan akan membenarkan benih lain yang ditiup ke dalam kawasan rumput tersebut atau taman dan berakar dengan mudah.

Rumput jenis ini tidak perlu dipotong dan hanya memerlukan kerja merumput sahaja. Sekiranya tidak dijaga, berkemungkinan peluang untuk rumput liar dan rumpai mudah membiak pada kawasan tersebut jika tidak melakukan aktiviti merumput.

jenis rumput karpet

Berapakah Harga Rumput Karpet Mutiara?

Harga untuk rumput jenis ini juga tidaklah begitu mahal, biasanya ia dijual dengan harga RM3.50 sekeping.

Di manakah Kedai Online Yang Menjual Rumput Karpet?

Jenis Rumput Karpet Mutiara

Rumpur Karpet Mutiara

Platform yang paling laris menjual rumput karpet mutiara adalah

Apa Itu Rumput Karpet Filipina?

Rumput karpet Filipina adalah rumput musim panas yang boleh dikatakan pada ketika ini sudah mula ditanam secara meluas di kawasan tropika dan subtropika. Selalunya rumput karpet Filipina ditanam di taman, stadium dan sebagainya.

Ia tumbuh dengan perlahan dan membiak melalui “rhizomes dan stolon”. Tetapi ia juga boleh membiak melalui biji benih.

Rumput Karpet Filipina
Gambar dari Johor cowgrass

Apakah Ciri-Ciri Rumput Karpet Filipina?

Rumput karpet Filipina lebih halus berbanding rumput lembu dan rumput mutiara. Rumput ini agak tahan lasak kerana mempunyai akar yang kuat. Jika anda menyiramnya secara kerap, lama kelamaan akar akan  menjalar bersatu dengan tanah. Selepas itu, anda tidak perlu lagi menyiramnya lagi walaupun pada ketika itu cuaca panas.

Apabila dijaga dengan baik, ia akan menjadi warna yang lebih cerah. Walau bagaimanapun, terlalu kerap menyiramnya akan membuatkan ianya lebih cenderung untuk bertukar kepada warna yang lebih gelap.

Rumput Filipina memerlukan sinaran cahaya matahari penuh sepanjang hari. Apabila sentiasa terdedah kepada cahaya matahari, ia akan tumbuh lebih cepat dan lebat.

Rumput Filipina perlu dijaga dengan baik dengan melakukan pemotongan 2 kali sebulan.

Apakah Kelebihan Rumput Karpet Filipina?

Rumput karpet Filipina sangat sesuai ditanam pada kawasan halaman rumah. Hal ini kerana, rumput ini mudah dijaga, tahan lasak dan tahan serangan dari serangga perosak.

Apakah Kekurangan Rumput Karpet Filipina?

Rumput karpet Filipina sangat memerlukan pendedahan terhadap cahaya matahari sepanjang masa. Jika tidak, ia akan cepat panjang dan fizikalnya menjadi tidak rata.

Selain itu, rumput karpet Filipina agak agresif dan cepat menjalar sehingga dapat membantutkan pertumbuhan rumput lain di sekelilingnya. Ia juga perlu dipotong secara kerap sekiranya terlalu panjang. Apabila rumput karpet Filipina membesar terlalu tinggi, cara terbaik untuk menjadikannya pendek semula adalah dengan cara memangkas bahagian rumput tersebut.

jenis rumput karpet

Berapakah Harga Rumput Karpet Filipina?

Rumput karpet Filipina lebih mahal berbanding rumput karpet lembu. Biasanya ia dijual dengan harga hanya sekitar RM3.

Di Manakah Kedai Online Yang Menjual Rumput Karpet?

Pada masa kini, boleh dikatakan banyak kedai online yang menjual rumput karpet Filipina ini.

Jenis Rumput Karpet Filipina

Rumput Karpet Filipina

Platform yang paling laris pada ketika ini adalah
Beli di Shopee

Apa Itu Rumput Karpet Jepun?

Rumput karpet Jepun atau nama saintifiknya Zoysia Grass adalah rumput karpet yang berasal dari negara Jepun. Selalunya ia juga digelar rumput Zoysia Matrella, Zoysia Japanica dan Zoysia Tenufolia.

jenis rumput karpet
Gambar dari Pennington

 Apakah Ciri-Ciri Rumput Karpet Jepun?

Warnanya hijau muda seakan Serangoon Grass tetapi jeraminya lebih keras berbanding rumput lain.

Apakah Kelebihan Rumput Karpet Jepun?

Rumput kerpet Jepun cukup terkenal dengan keupayaannya dalam menahan kepanasan, kemarau dan geseran tapak kaki yang kerap di permukaannya. Bercerita mengenai pertumbuhannya, rumput yang agak lasak ini boleh menghasilkan satu kawasan yang kelihatan yang cantik dan kemas apabila pandai diuruskan.

Faktor kesesuaian persekitaran penggunaan bergantung pada tempat tinggal dan cara penjagaan supaya ia sentiasa dalam keadaan baik.

Apakah Kekurangan Rumput Karpet Jepun?

  1. Sukar Untuk Dijaga

    Kesukaran yang sering dihadapi oleh orang ramai adalah penjagaannya. Walaupun ia boleh ditanam dari benih, kaedah yang paling biasa dan paling mudah untuk memastikan tumbuh dengan baik adalah dengan menggunakan kaedah “Sod atau Plugs”.

    Sebaik sahaja rumput tumbuh panjang, ia akan menjadi sukar untuk dipotong menggunakan pemotong rumput kerana daun dan batangnya agak keras. Tambahan pula, ia boleh merosakkan mesin rumput tersebut. Tetapi, masalah ini dapat diatasi dengan memotong cara menegak dengan menggunakan “reel mower”.
  2. Perubahan Warna Mengikut Musim

    Walaupun dijaga dengan baik, rumput karpet Jepun tidak akan kekal dengan menghijau sepanjang tahun. Hal ini kerana, ia akan bertukar mengikut keadaan musim dan cuaca. Sebagai contohnya, pada musim luruh ia akan menjadi tidak aktif dan bertukar menjadi warna coklat sehingga tibanya musim bunga. Namun, cuaca di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap memberi kesan yang minimal kepada pertukaran warnanya.

    Apabila lapisan jerami rumput melebihi 1 inci, ia perlulah dipotong dengan pemotongan cara menegak dan teras pengudaraan juga perlu dilakukan supaya rumput sentiasa dalam keadaan baik. Dengan melakukan pengudaraan, ia dapat menghidupkan semula rumput tersebut dengan mengeluarkan setengah inci teras yang tidak diperlukan. Dengan itu, ia dapat membenarkan udara dan air supaya mudah memasuki tanah.
jenis rumput karpet

Berapakah Harga Rumput Karpet Jepun?

Harga untuk rumput karpet Jepun ini adalah yang paling mahal berbanding jenis rumput asli yang lain. Harga sekeping rumput karpet Jepun berukuran 27cm x 57cm ialah RM 4.90.

Kedai Online Manakah Menjual Rumput Karpet Jepun?

Terdapat banyak kedai online yang menjual rumput karpet jepun.

Jenis-Rumput-Karpet-Jepun-1

Rumput Karpet Jepun

Terdapat banyak kedai online yang menjual rumput karpet jepun. Salah satunya boleh didapati di platform

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Diterbitkan pada
Februari 23, 2022
Dikemaskini pada
Mac 13, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram