Pasti semua orang pernah alami masalah suasana rumah dengan keadaan yang berselerak. Biasanya keadaan ini berlaku bukanlah disebabkan oleh sikap pemilik rumah yang malas untuk mengemas. Kadangkala perkara ini terjadi disebabkan oleh kekangan masa dan bilangan anak kecil yang ramai punca pemilik rumah tidak sempat untuk kemas rumah mereka. Perkongsian pada kali ini adalah dari Erwani Ab Ghani. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea deco ruang hadapan rumah yang berselerak oleh si malas.
Jom sama-sama ikuti perkongsian deco rumah yang sangat menarik ini.
Apabila si malas sudah malas nak tengok apa benda yang dia malas sangat nak buat itu. Maka terhasillah deco ruang hadapan rumah yang simple dan kemas ini.
Ini adalah keadaan ruang hadapan rumah sebelum diubahsuai. Memang agak berselerak juga kalau anda lihat. Jangan risau, selepas ini anda akan dapat lihat satu perubahan yang agak drastik dengan idea deco yang agak menarik diterapkan.
Ini pula selepas ruang hadapan rumah itu dikemas terlebih dahulu sebelum konsep deco diterapkan.
Keadaan meja dan kerusi kayu lama sebelum di cat semula.
Proses-proses mengecat meja dan kerusi kayu lama itu dengan cat putih.
Inilah hasil projek mengecat dengan cara diy pada kerusi dan meja lama tersebut. Sangat cantik selepas diperbaharui semula.
Hiasan pada dinding bahagian hadapan rumah tersebut.
Keadaan ruang hadapan rumah dengan konsep deco yang sangat simple tapi begitu menarik dihasilkan oleh pemilik rumah ini. Mana tidaknya, dari keadaan ruang hadapan yang berselerak terus berubah dengan konsep baru yang kemas dan cantik.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda bagi mencari sumber inspirasi dalam cuba untuk deco rumah yang berselerak.