"Rumah Gelap Rezeki Takkan Masuk" Punca Ain Edruce Tukar Dekorasi Kediamannya?

Ditulis oleh

Pengacara dan pelakon popular Malaysia Ain Edruce telah mengejutkan para warganet apabila telah berkongsikan dekorasi terbaharu beliau. Dekorasi tersebut menunjukkan kediamannya yang bercirikan tema " Bali Modern ".

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29 tahun, telah memuat naikkan foto menerusi laman sosial instagram beliau. Ia menunjukkan sebelum dan selepas ruang tamu kediamannya itu untuk tontonan umum.

"Rumah Gelap Rezeki Tak Masuk" Punca Ain Edruce Tukar Dekorasi Kediamannya??

 

OMG. jumpe balik gamba ni baru sedar... dr zero to hero 🔥🔥🔥

Aku ni sejenis cerewet tau especially bab2 nk cantik kan rumah ni.

Sebenarnye concept nak traditional bali, Gelap2 gitu tapi mirul kata rumah gelap rezeki x masuk. Haha then, we decided to do modern bali

Ain Edruce

Menerusi ruangan kapsyen tersebut, Ain Edruce ingin membuat dekorasi konsep traditional Bali gelap-gelap gitu. Namun, suaminya Amirul menyatakan bahawa rumah yang gelap rezeki tidak akan masuk. Jadi beliau memilih dekorasi "Bali Modern".

Ain Edruce

Menerusi perkongsian tersebut, kediaman pelakon dan pengacara tersohor ini kelihatan cukup mewah dengan penggunaan warna yang terang dan cerah serta gabungan ton warna yang menarik dan juga elemen modern bali itu diterapkan begitu baik sekali.

Menerusi ruangan komen di posting beliau, ramai warganet memuji pemilihan dekorasi elemen "Bali Modern" ini sebagai dekorasi rumah beliau. Ia merupakan dekorasi yang sangat cantik, menarik dan serba-serbi sempurna.

Antara komen yang terpukau dengan dekorasi rumah Ain Edruce

  • rayz_anie :- Wow..umah Ain memang sangat2 lawa..😍😍😍😍
  • atirahothman :- omg kita pun suke konsep gelap gelap 😭 betul ke rezeki x masuk tu hahahaa ke mitos je 😂
  • ainaabeautysaujanautama :- fall in love gila rumah dia ni 😍😍
  • bougasshahalamdiana :- Cantikkk gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ❤️ Aku tengok pun boleh gilerrrrrrr niiii 🤣🤣🤣
  • amriofficial_ :- DREAM HOUSE DO SUMPAH LAEA🔥😭😭

Itu sahaja perkongsian daripada giler deco untuk hari ini. Harap anda dapat inspirasi daripada perkongsian kami ini. Semoga berjaya semua.

Sumber : ainedruce

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Lelaki Ini Berkongsikan Dekorasi Apartment Yang Tidak Mengikut Trend Tertentu

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 30, 2021
Dikemaskini pada
Januari 30, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram