Jika kita bercerita mengenai rumah flat ini, rumah flat semestinya merupakan rumah pilihan para rakyat Malaysia. Untuk permulaan yang ingin menetap rumah sendiri, rumah flat ini merupakan pilihan yang terbaik untuk anda.
Dekorasi rumah flat memainkan peranan yang penting dalam memastikan rumah tersebut nampak cantik dan menarik. Jadi, untuk dekorasi ini kita perlulah kreatif dalam melakukan deko tersebut. Macam yang dilakukan oleh Hasrul Hisham ini.
Beliau telah berkongsikan dekorasi rumah flat beliau didalam laman facebook didalam grup Deco Rumah Sebelum Selepas. Dekorasi itu juga telah menarik minat para ahli grup tersebut. Jadi, jom kita tengok bagaimana hasil yang dilakukan oleh pasangan ini untuk dekorasi rumah flat ini.
Dekorasi flat kos rendah 650 sqft
Hasil kerja tangan bersama isteri tersayang
Semoga inspirasi buat anda semua
Bahagian Awal Rumah Flat 650 Sqft
Ini lah dia rupa bahagian awal-awal apabila kami memasuki ke rumah flat ini. Tidak bersepah mana namun rasa kosong jer. Memudahkan kerja kami untuk membuat dekorasi yang kami sekeluaga inginkan.
Dekorasi Rumah Flat Yang Sekarang
Inilah dia dekorasi rumah kami yang sekarang. Deko untuk kepuasan maksimum diri sendiri. Sangat menenangkan hati dan sedap mata memandang apabila melihat deko rumah sendiri.
Hasil tangan kami berdua selama ini sangat membuahkan hasil.
Ini adalah deko pada bahagian ruang tamu kami. Tempat kami sekeluarga bersantai tengok tv.
Ruangan memasak kami. Kami membuatkan table top agar nampak mewah dan premium gitu.
Bahagian bilik tidur kami. Simple sahaja kerana ruang bilik yang sempit. Kurangkan oenggunaan perabot dan menerapkan deko minimalis.
Gambar dibawah pula adalah bilik tidur yang kedua. Tiada katil jadi kami gantikan dengan kayu dibawah beralaskan tilam sahaja. Jimat dan simple sahaja.
Haaaaaa, cer teka adakah ini cermin ataupun tempat seterika?
Jeng2, ia merupakan cermin dan seterika yang berada dalam satu almari. Senang cerita 2 dalam 1. Jimat ruang untuk papan menggosok. Gosok sahaja terus simpan.
\
Ruangan bilik mandi pula. Akibat kemaruk inginkan tandas yang nampak elegan, maka jadilah dekorasi tandas macam ini.
Kami tampalkan wallpaper sahaja pun dah nampak cantik.
Wainscoting cermin juga kami lakukan. Rumah di Malaysia ni tidak sah kalau tiada wainscoting.
Sumber : Nasrul Hisham Mat Anas