Nak buat wardrobe untuk anak-anak ni sememangnya bukanlah kerja yang mudah. Kalau nak upah kat kedai sememangnya akan memakan harga yang akan mencecah beribu-ribu ringgit. Jadi, untuk jimatkan lagi daripada membazir ribuan ringgit, lebih baik lakukan sebuah projek DIY wardrobe kayu.
Seorang lelaki yang bernama Fadhli ini telah berkongsikan bagaimana beliau melakukan sebuah diy projek melakukan wardrobe daripada kayu plywood. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam sebuah grup facebook Kelab Kaki Deco ini.
Jadi, untuk melihat hasil diy ini jom kita tengok perkongsian daripada Fadhli ini.
Assalamualaikum. Nak share 80% DIY wardrobe anak saya size 1600mmX2600mm, saya tanya kedai buat perabot dgn custom full height build-in wardrobe kedai quote dlm rm2600 keatas( mdf atau chipboard).
So saya decide buat sendiri je. Guna plywood dgn kayu 2x1 untuk body. Sliding door guna aluminium frame. Plywood2 besar saya potong siap2 dikedai . Boleh la untuk kegunaan sendiri dalam perancangan nak tampal fomica.
Nampak sikit macam beli kat kedai tapi kekurangan bajet. So saya cat je la buat masa ni.lagipun keje2 nk pasang fomica ni rumit sikit.semua gambar2 tu masih kayu asal.blom syalek , cat atau tampal fomica.
Bahan & Kos Keluruhan Yang Diperlukan Untuk Melakukan DIY Wardrobe Ini
( body)
(sliding door )
Proses Untuk Melakukan DIY Wardrobe Kayu Ini
Kayu yang dah siap dan standby untuk diubah dijadikan sebuah wardrobe kayu plywood.
Proses pembuatan bottom track untuk sliding door.
Buat rangka terus fixed ke dinding.
Aluminium frame dengan plywood untuk sliding door.
Laci je saya tak buat. Pakai laci dari perabut-perabut terpakai yang rosak.
Inilah dia hasil akhir wardrobe yang dilakukan ini. Selepas cat warna hitam ditepi ni baru nampak cantik sedikit.
Sumber : Fadhli