Perkongsian Mengenai Flood Barrier DIY Pada Musim Banjir

Ditulis oleh

Apabila tibanya musim banjir ini, pastinya ramai yang risau akan air yang anak naikkan? Bukan itu sahaja, apabila air sudah naik dan masuk kedalam rumah sememangnya akan rosak banyak barang dan juga perabot tersayang. Elok setiap rumah dipasangkan dengan sebuah DIY flood barrier.

Flood barrier ini mampu menghalang apa jua air banjir atau juga air bertakung. Jadi, anda tidak perlulah risau jika air akan masuk kedalam rumah anda. Jom ikuti kisah perkongsian daripada Seri Dewi Amin ini mengenai flood barrier diy beliau yang diletakkan pada bahagian rumah beliau.

Perkongsian Penting Mengenai Flood Barrier DIY Digunakan Pada Musim Banjir

Saya nak share. Ini Flood barrier kat rumah mak saya, kami minta tukang besi buatkan. Sebab bila hujan lebat sangat2, longkang belakng rumah penuh , rumah mak akan jadi mangsa air bertakung and banjir kilat.

Jenuh la hai nak bersihkan even air paras buku lali aje. Sejak musim banjir datang banyak kali saya nampak orang share gambar flood barrier dari google. So here in real kat rumah mak saya.

Sejak pasang ni, alhamdulillah. Air tak masuk. Cuma bahagian bawah tu air masuk jadi lecak aje so bila air kering boleb mop kan aje. Tak penat mana.

Flood barrier ni, boleh install kat rumah yang selalu banjir manja manja je, macam setakat 1-3 kaki. Instead buat bongol depan pintu rumah tak cantik, so boleh la buat begini 😅

Sekian perkongsian saya. selamat mencuba

Penggunaan Flood Barrier DIY Yang Dikongsikan

Masa minta tukang besi buatkan, saya cakap minta buatkan penghadang air konsep macam kat empangan. Ia boleh tarik and boleh tutup.

Tunjuk juga gambar ehsan google. And came out the result tukang besi buatkan macam gini. Alhamdulillah. Sangat2 membantu.

Flood Barrier DIY

Flood Barrier DIY

Bahagian di dalam gambar ini, ditepinya mempunyai getah dan pada bahagian bawah pula ialah silikon. Air memang tidak akan masuk kedalam rumah ini.

Flood Barrier DIY

Flood Barrier DIY

Sumber : Seri Dewi Amin

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 23, 2022
Dikemaskini pada
Januari 23, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram