Memiliki rumah yang cantik dan kelihatan menarik adalah datang dari pemilik rumah yang sentiasa menitikberatkan soal penjagaan rumah dan penambahbaikan rumah. Jika anda perasan, pemilik rumah yang suka melakukan projek-projek diy sebegini, rumah mereka kelihatan ceria dengan reka bentuk dan gaya yang sangat kreatif. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nor Azilah Hassan Tan. Perkongsiannya pula adalah mengenai diy ruang tamu rumah gaya wainscoting dan shiplap wall.
Jom ikuti perkongsian diy dan deco rumah yang sangat menarik ini.
Tahun lepas suami sempat makeover wainscoting dekat ruang tamu. Tahun ini makeover shiplap untuk ruang tamu pula.
Ini adalah keadaan ruang makan sebelum proses ubahsuai gaya diy dilakukan dengan sangat menarik.
Keadaan dinding rumah sebelum projek diy wainscoting dan shiplap wall dilakukan.
Bahagian dinding yang ingin dilakukan wainscoting adalah pada bahagian kiri seperti gambar dibawah ini.
Ketika 2020, projek diy wainscoting dilakukan pada dinding kiri tersebut.
Proses shiplap wall mula dilakukan.
Proses pemasangan diteruskan lagi dengan menggunakan kayu mdf khas untuk projek-projek shiplap wall.
Link Shopee :
Untuk memastikan kayu mdf shiplap wall ini lekat dengan baik. Anda perlu gunakan gam Xbond.
Link Shopee :
Keadaan ruang tamu setelah selesai diubahsuai dengan konsep dan gaya shiplap wall.
Bahagian ruang tamu dari sudut pandangan berbeza selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk lakukan projek diy yang menarik seperti ini. Semoga bermanfaat.