Projek Lockdown 3.0 Suami Isteri DIY Wainscoting Pintu

Ditulis oleh

Suami isteri perlulah menjadi sebuah pasangan yang saling lengkap melengkapi. Bila masa suami memerlukan pertolongan isteri, isteri perlu bertindak dengan cepat dengan menolong apa yang diinginkan suami. Macam pasangan ini iaitu Xumy Lala dan juga suaminya.

Mereka berdua telah berganding bahu melakukan sebuah projek lockdown 3.0 iaitu DIY wainscoting pintu dirumah mereka. Kebanyakkan suaminya yang melakukan kerja namun ada juga pertolongan daripada Xumy Lala ini.

Jom kita melihat sebuah perkongsian diy wainscoting pintu yang dilakukan pasangan suami isteri ini. Dari proses melakukan sehinggalah hasil akhir diy yang dilakukan pasangan ini.

DIY Wainscoting Pintu Di Rumah Yang Dilakukan Suami Isteri Ini Sempena Projek Lockdown

Alhamdullilah settle projek diy suami isteri sempena lockdown 3.0. Actually, ini first attempt saya & suami. Hasil kayu , potong dan gam semua by husband. Isteri cuma bantu pegangkan kayu dan cat sikit2 je.

Kayu wainscoting kami beli di shopee , kayu ukuran 4cm, kami beli 16 batang dan dapat buat 5 pintu ( Depan sahaja kecuali main door kami buat depan belakang )

Cat pula kami gunakan high gloss cat from jotun code iconic. Alhamdullilah hasilnya kami puas hati. Pintu biasa bertukar seperti pintu mahal walaupun dgn budget yang rendah.

InsyaAllah, next plan kami bercadang nak buat batten wall pula di entry way bilik. Diharap perkongsian ini dapat membantu semua yang mencari idea .

Projek Lockdown DIY Wainscoting Yang Dilakukan Suami Isteri

DIY Wainscoting Pintu

Proses untuk melakukan projek lockdown ini sedang berjalan dengan melekatkan kayu wainscoting pada pintu dengan menggunakan selotape.

DIY Wainscoting Pintu

Selepas selotape dan gam kan semua kayu wianscoting tersebut boleh lah pergi kepada proses mengecat.

Siap sudah diy wainscoting pintu yang dilakukan ini. DIY simple-simple sahaja namun berpuas hati kerana dapat melakukan ini bersama-sama dengan suami tercintanya.

DIY Wainscoting Pintu

Gambar Sebelum & Selepas DIY Wainscoting Dilakukan Ini

DIY Wainscoting Pintu

DIY Wainscoting Pintu

Kod cat yang digunakan untuk mengecat pintu selepas selesainya wainscoting ini. Sesiapa yang nak cari cat ni boleh rujuk kod yang dikongsikan.

Sumber : Xumy Lala

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram