Siapa disini kat rumah sememangnya ada terlampau banyak cicak sampai ianya menggangu diri anda? Kalau dah sampai tak selesa sememangnya anda perlu membuat sesuatu untuk membantu mengurangkan atau menghilangkan cicak dirumah anda.
Jadi, anda bolehlah melakukan sebuah DIY perangkap cicak yang dilakukan lelaki bernama محمد سنوسي ini. Beliau berkongsikan bagaimana untuk membuat DIY tersebut didalam facebook milik beliau. Kos untuk melakukan diy tersebut juga adalah dibawah RM3 sahaja.
Jom kita melihat bagaimana DIY perangkap cicak ini dilakukan oleh محمد سنوسي ini. Hasil juga ada dikongsikan oleh beliau pada gambar akhir didalam artikel ini.
Semalam jadi tukang tangkap cicak
Boring-boring lockdown, kita DIY perangkap cicak drpd kotak & double sided tape.
Bahan & alat; keratan kotak & double sided tape saiz lebar, gunting
Umpan: nasi & cebisan ikan bilis (ada cadangan umpan yg lebih efektif utk cicak?)
Kos: lebih kurang RM2
Letak perangkap di lokasi yg biasa jadi tempat cicak berkeliaran.
Hasil tangkapan dalam 2 gambar terakhir.
Proses-Proses Untuk Melakukan Perangkap Cicak Ini
Potong kotak ikut size yang sesuai dan mudah nak letak di lokasi.
Double sided tape lagi lebar lagi bagus. Beli kat Mr Diy murah. RM2 lebih.
Dapat siapkan 8 set untuk lakukan perangkap ini.
Umpan nasi dan ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.
Letak umpan kat tengah2 perangkap.
Antara lokasi yang biasa cicak dijumpai.
Hasil tangkapan malam pertama.
Sumber : محمد سنوسي