Setiap rumah 2 tingkat atau juga rumah berloteng pastinya mempunyai tangga yang siap sedia. Namun, tangga tersebut hanyalah tangga biasa tanpa ada apa-apa lampu LED. Apa kata tingkatkan tangga dirumah anda dengan DIY pasang lampu LED pada tangga agar nampak mewah.
Macam yang dilakukan oleh Abu Daud iaitu beliau telah DIY pasang lampu LED pada tangga dirumah beliau. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam grup Tukang Apa Hari Ini. DIY tersebut merupakan hasil 100% hasil beliau sendiri.
Giler Deco kali ini ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana beliau memasang dan meletakkan lampu LED tersebut pada tangga dirumah beliau. Jom kita tengok DIY pasang lampu led pada tangga daripada beliau.
Pasang mozek, wainscoting sampai pasang led strip kat tangga. Ada masa terluang pada hujung minggu & selepas balik dari kerja digunakan sebaiknya untuk disiapkan. Bila buat sndiri faham2 la ambil masa lama nak disiapkan.
Alhamdulillah, 1st time pasang mozek kat tangga akhirnya menjadi. Keadaan tangga asal tidak rata & ketinggian anak tangga tidak sama menyukarkan kerja.
Keadaan Tangga Asal
Keadaan tangga asal kosong tiada mozek dan lampu LED juga tidak dipasang.
Siap pasang mozek
Pemasangan Lampu LED Pada Tangga
Ada ruang pada bucu tangga untuk diletakkan aluminium led casing
Pasang skirting dan wainscoting
Siap solder led strip RGBWW untuk bertujuan lampu dinyalakan dan di sync kan dengan alat kawalan jauh.
Silicone sealer pula digunakan untuk memberi perlindungan wayar tersebut daripada air.
Gunakan heat shrink untuk menutup bahagian terdedah dan nampak lebih kemas.
Potong led strip dan masukkan led strip dalam casing tersebut.
Tutupkan cover led casing apabila led strip dah dimasukkan
Ini adalah Cable AWG22 5 pin
Cable tersebut diletakkan di bawah tangga
Pasangkan pvc casing pada wayar tersebut agar tidak nampak serabut dan wayar tidak berbelit
Sambungan cable menggunakan Scotchlok connector.
Power supply & led driver
Hasil Akhir Pasang LED
Led strip boleh set mode yang kita mahukan menggunakan remote sahaja. Sangat cantik dan pada masa sama ia membuatkan tangga tu nampak premium macam dilakukan dikedai namun itu merupakan hasil DIY sehaja.
Sumber : Abu Daud