DIY Kolam Impian Pada Halaman Rumah Bermodalkan RM3K

Ditulis oleh

Kalau inginkan sebuah kolam renang impian untuk rumah anda sekarang boleh sahaja. Jika anda mempunyai banyak duit anda boleh mengupah orang membuatnya namun jika anda tidak mahu mengeluarkan duit yang banyak boleh sahaj lakukan secara DIY kolam impian anda.

Untuk saudara Zaim Zainudin Zakaria ini mengambil keputusan untuk melakukan DIY kolam impian beliau pada halaman rumahnya. Beliau tidak mahu mengeluarkan modal yang banyak untuk mengupah dan ingin lakukan secara DIY.

Beliau telah berkongsikan proses-proses bagaimana beliau membuat sebuah kolam impian secara DIY didalam facebook beliau. Menurutnya, DIY ini memakan kos sebanyak RM3K dan juga memerlukan kekuatan fizikal serta mental yang kuat. Jom kita lihat proses dan hasil kolam impian yang dilakukannya.

Projek DIY Kolam Impian Secara Seorang Diri Pada Halaman Rumah Bermodalkan RM3K

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah.

100% buat seorang dri. Modal 3k je. Pernah Tanya tukang rumah die nak 30k, klu specialist kolam nak 40k. So ambil keputusan buat sendri la smbil kluar peluh ptg2.

Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.

Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba2 buat ye. Nanti siap sparuh jalan

Sebab dari sendiri pun berkali2 putus asa. Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendiri.

Proses Melakukan DIY Kolam Impian Modal RM3K

Tanah sekangkang kera tepi rumah inilah yang ingin dilakukan sebuah kolam impian. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada ogos 2021.

Proses galian dimulakan.

Banyak pula paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit sebab lari dari paip kumbahan.

DIY Kolam Impian

Alhamdulillah, berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah kuar mata air. Jadi kedalaman 4 kaki je. Sebulan proses menggali ni ambil masa.

Proses membuat simen dan juga potong besi 12mm.

Proses memampatkan tanah.

Ini kolam lama berguna juga buat lapik. Sebab frust kolam ni bocor la kita buat kolam baru.

DIY Kolam Impian

Ini konkrit lapisan pertama sebab nak elakkan tanah runtuh musim2 hujan ni.

Meratakan konkrit buatan sendiri.

Bila hujan turun kita termenung je tengok air bertakung.

DIY Kolam Impian

Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam kita buat marking. Tak payah guna laser or penimbang air.

Ini untuk konkrit lapisan kedua. Kita lapik plastik untuk elak bocor.

Proses paiping pula sedang dijalankan.

DIY Kolam Impian

Dah buat dinding pada bahagian kolam ini.Belajar daripada youtube jer.

Ini letak simen memang failed. Tapi hentam jerlaaa labuu.

Hampir Nak Putus Asa

Ok done siap 50%. Ni kalu tak silap bulan 11 2021. Hampir putus asa dan rasa nak upah orang siapkan.

DIY Kolam Impian

Kuatkan semangat teruskan jugak. Kita plaster dalam kolam pulak kasi licin.

Sambil2 tunggu plaster kering kita potong besi c chanel untuk lapik lantai.

Test letak kayu dulu bagi ada semangat.

DIY Kolam Impian

Ok kita waterproof pula guna sika top107. Nampak hijau tu sebab campur pewarna. Plan tak nak cat dah sebenarnya.

DIY Kolam Impian

Sekali tak puas hati sebab tak licin. Kita bantai simen putih baru licin.

Ni proses pasang lantai decking beli kayu dah siap ketam.

Ok terpaksa cat sebab waterprofing hijau tu tak menjadi.

Ini la hasilnya. Order biru terang dapat biru laut.

DIY Kolam Impian

Pakai hiasan daun je sebab nak jimat.

DIY Kolam Impian

Proses cat lantai decking.

Alhamdulillah setelah 5 bulan siap juga. Yang bata depan tu next projek untuk tempat BBQ.

Inilah dia view untuk hasil DIY kolam impian yang dibuat diri sendiri. Hasilnya juga sangat menakjubkan dan cantik.

DIY Kolam Impian

DIY Kolam Impian

Sumber : Zaim Zainudin Zakaria

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram