Projek Wainscoting PKP 3.0 Guna Barang Shopee

Ditulis oleh

Di musim PKP ini, pasti ramai yang memanfaatkan masa terluang dirumah dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti deco rumah dan sebagainya. Tidak kiralah dari segi renovate rumah ataupun deco biasa sekalipun janji dapat menjadikan rumah anda lebih kelihatan menarik. Sama seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Siti Noor Aisyah. Perkongsiannya adalah mengenai projek wainscoting pkp 3.0 guna barang shopee.

Oleh kerana semasa PKP ini pergerakan kita agak terhad, jadi mereka menggunakan peluang semasa keberadaan dirumah ini dengan melakukan wainscoting pada dinding rumahnya. Apa yang menariknya adalah barangan yang digunakan pula adalah dibeli secara online iaitu di platform aplikasi Shopee.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah gaya wainscoting yang sangat menarik ini.

Projek Wainscoting PKP 3.0 Guna Barang Shopee :

 

Aktiviti PKP 3.0 sebab tak dapat balik kampung. Big bos ajak tukar dinding rumah.

Kita ni tak ada rajin sangat. Sebab ye la nak kena alih barang semua. Tapi alhamdulillah pelan-pelan buat. Siap dalam sehari. Bajet tak ada la ribu-ribu, murah sahaja. Material gune pvc keras tu. Beli dekat Shopee je.

 

Ini adalah barangan yang dibeli dari Shopee.

wainscotingBagi yang bertanya mana nak beli. Di bawah ini link dia.

Ini adalah semasa proses pemasangan wainscoting pada dinding mula dilakukan pada bahagian bawah.

wainscotingProses pemasangan diteruskan pada bahagian atas pula.

wainscotingKemudian, Wainscoting tersebut dilekatkan dengan menggunakan pita pelekat supaya tidak tercabut sewaktu penampalan dilakukan dengan menggunakan gam Xbond.

wainscotingWainscoting pada bahagian bucu bawah.

wainscotingIni adalah hasil selepas proses pemasangan wainscoting pada ruang makan setelah selesai dilakukan dengan kreatif dan cantik.

wainscotingHasil wainscoting pada ruang tamu rumah.

wainscotingItu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 3, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 3, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram