DIY Meja Usang Jadi Kabinet Dapur

Ditulis oleh

Memang sudah menjadi kebiasaan pada masa kini sengala peralatan dan perabot dapur dibeli sahaja. Jika anda memang berkemampuan tidak salah anda membelinya. Tetapi ada juga sebahagian dari kalangan kita yang kurang mampu dalam untuk mendapatkan perabot rumah. Jadi tidak salahnya jika anda cuba sendiri untuk diy perabot dapur rumah anda. Perkongsian kali ini adalah dari Syazana Arifin yang ingin berkongsi mengenai diy meja usang jadi kabinet dapur dengan bajet kurang rm100!

Wanita Ini DIY Meja Usang Jadi Kabinet Dapur Dengan Bajet Kurang RM100! :

Salam. Sedikit perkongsian diy meja usang jadi kabinet dapur. Kos dalam lingkungan Rm100 lebih ada lebihan playwood dan barang lain lagi.

Belum ada rezeki nak duduk rumah sendiri lagi. Jadi kita diy je la kabinet dapur bajet ni mana tahu boleh bagi idea kat orang lain juga.

Ini adalah meja lama tuan rumah. Tuan rumah pesan tak nak pakai kau buang saja. Khazanah berharga ni. Ada macam-macam tulisan purba.

diy kabinet dapurLepas dah bersihkan meja tu. Letak plywood 12mm. Pastu tampal je la wallpaper. Itu je la paling mampu buat masa sekarang.

diy kabinet dapurSelepas itu, Sambung buat la laci pula. Laci asal meja ni memang dah tak ada.

diy kabinet dapurKung kang kung kang kung kang. Sampai malam diy tak siap-siap. Nasib baik ada pembantu syif malam. Ni aku pasang roda.

diy kabinet dapurNi aku cuba diy tempat letak tong sampah bergerak dan bawah tu laci plastik sampah. kalau kau tengok nipis je kan plywood 5mm aku guna tu. Takot pulak roboh kalau tarik.

DIY Meja UsangLepas pasang pintu letak semua handle ke apa orang panggil tu.

DIY Meja UsangIni adalah laci tempat letak minyak dan perkakasan lain.

DIY Meja UsangIni pula adalah tempat letak peralatan seperti sudu dan sebagainya.

DIY Meja UsangBawah ni aku letak tisu.

DIY Meja UsangDan ini adalah tempat tong sampah bergerak.

DIY Meja UsangItu sahaja perkongsian kita untuk kali ini.Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea untuk diy perabot lama.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
April 6, 2021
Dikemaskini pada
April 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram