DIY Sendiri Bakul Beroda Yang Simple Untuk Isteri Tersayang

Ditulis oleh

Anda pasti biasa mendengar keluhan dari isteri anda kan ? Mereka asyik mengeluh bahu atau pinggang mereka selalu sakit disebabkan mengangkat bakul baju yang sentiasa dipenuhi dengan pakaian anak-anak dan suami mereka.

Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, takkan kita nak biarkan isteri kita menanggung sakit itu bersendirian?Apa kata kita DIY sendiri bakul beroda tu jadikan ia bakul yang ada roda dibawahnya.

Alaa bukannya susah pun malah tak ambil masa yang lama pun nak buat benda alah ni. InsyaAllah dengan ada nya benda ni ,  secara tidak langsung anda akankan ringan bebanan isteri anda. Ikuti perkongsian daripada Saudara Saiful Hifzudeen dalam membuat DIY Bakul Beroda ini

DIY Bakul Beroda Yang Senang & Mudah

Wife selalu mengadu berat nak angkat bakul basuh baju.  so saja rajinkan diri DIY bakul beroda utk memudahkan dia time saya takda kat rumah.  
info penuh DIY Bakul Roda boleh tengok dalam video youtube ini. Harap bermanfaat. roda kat kedai ecoshop rm2.10 je ...share ilmu kat kawan2 k .

 

Baha-bahan yang diperlukan :

  • 4 roda yang boleh dibeli di kedai Ecoshop ( 1 roda hanya bernilai  RM 2.10 sahaja)
  • double sided tape
  • bakul baju ( jika dah ada maka Alhamdulillah sebab dah jimat di situ hehehe)

Cara-Cara Untuk Membuat DIY Bakul

Kaedah 1 - Lekatkan double sided tape itu di setiap penjuru bawah bakul agar dapat diletakkan roda .

DIY bakul beroda

Kaedah 2 - Lekatkan roda yang telah dibeli di  pita yang telah dilekatkan. Selepas sudah lekatkan, anda perlu menunggu seketika supaya roda yang dilekatkan di pita itu telahpun kering.

DIY bakul beroda

Hasil Akhir!!!!

HAAAA Inilah dia hasil terakhir yang ditunggu-tunggukan. DIY bakul yang mempunyai roda untuk ditolak kemana sahaja. Min jamin para isteri di luar sana pasti akan rasa senang dengan hadiah ini.

DIY bakul beroda

Kredit : Saiful Hifzudeen

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 28, 2020
Dikemaskini pada
Julai 28, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram