Siapa tak gembirakan apabila dapat membeli atau mendapatkan sebuah rumah pertama untuk diri sendiri. Apabila dapatnya rumah pertama ni sudah pasti ianya berbaloi dengan apa yang kita usahakan selama ini dan itu juga salah satu kejayaan untuk anda.
Jadi, apabila memiliki rumah ini sudah semestinya anda inginkan sebuah dekorasi rumah yang cantik dan menarik. Jika anda sedang mencari inspirasi bagaimana untuk menghiasi rumah anda dengan deko yang cantik boleh melihat perkongsian daripada Mohd Fahmi Osman ini.
Beliau berkongsikan bagaimana beliau melakukan dekorasi untuk rumah pertama beliau dan juga hasil diy yang dilakukan di rumah terseut. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Just nak sharing my first house. Dapat kunci bulan 5 2020. Alhamdulillah selepas dapat kunci rumah dapat khabar gembira isteri mengandung anak sulong.
Rezeki buat kami bertiga. First time buat wainscoating sendiri. Boleh la hasil kerja sendiri. Then slow2 diy yang lain. Banyak lagi plan nak diy dalam kepala otak ni tapi tak ada masa nak buat.
Dekorasi Rumah Pertama Yang Dilakukan Secara DIY
Beginilah keadaan dalaman rumah saya sewaktu masuk kedalam buat pertama kali. Nampak luas kan? Biasa dah tu kalau dah rumah kosong. Jadi, start dari sini nak lakukan dekorasi rumah pertama saya agar kelihatan cantik.
Kita mulakan dengan melakukan wainscoting pada bahagina dinding terlebih dahulu. Sememangnya hanya lakukan secara DIY sahaja tanpa bantuan orang lain.
Seterusnya pula ialah beralih kepada hendak memasang grand mirror pada dinding sini.
Letakkan satu per satu agar ia kelihatan kemas dan tersusun dengan rapi.
Lukisan gambaran wainscoting pada tangga sebelum dilakukan.
Hasil Dekorasi Rumah Yang Dilakukan Secara DIY
Sumber : Mohd Fahmi Osman