Rumah kuarters semestinya antara rumah yang paling ramai orang didiami. Dengan kos yang bajet dan murah semestinya merupakan peminat untuk melakukan dekorasi rumah kuarter seperti yang dilakukan oleh Nur Diyana ini.
Nur Diyana sememangnya tidak asing lagi dengan kita kerana beliau terkenal dengan melakukan dekorasi rumah bajet yang dihiasi dengan konsep-konsep yang menarik. Sudah banyak dekorasi rumah sewa telah dilakukan oleh beliau.
Jadi, untuk kali ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda dekorasi sebelum dan selepas rumah kuarter guru yang dilakukan oleh Nur Diyana ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Hari ini ingin berkongsikan sedikit dekorasi kuarters yang bertemakan scandinavian design. Usia kuarter ini hampir mencecah 20 tahun. Kekal dengan konsep dekorasi bajet untuk lakukan design ini.
Sini bersertakan gambar rumah kuarters guru sebelum dan selepas dekorasi yang dilakukan.
Walaupun sekadar rumah pinjam, mesti lah nak selesa juga kan ? Kita yang nak duduk hari hari. Ada geng kuarter tak kat sini?
Gambar Asal Rumah Kuarters
Ini lah dia rupa asal rumah kuarters tersebut apabila first jejak kaki kesini. Banyak proses perlu dilakukan.
Mak aiiii, banyaknyer barang untuk deko bawa masuk kesini.
Bahagian ruang tamu. Memang nampak luas sangat.
Bahagian bilik tidur.
Bahagian bilik tidur kedua khas untuk anak-anak atau tetamu yang datang.
Ruangan dapur ini dah okey cuma perlu sedikit "touch up"
Kena cat semula dinding ini.
Dekorasi Rumah Kuarters Selepas Makeover
Selepas berhempas pulas melakukan dekorasi keseluruhan rumah kuarters ini, inilah dia hasilnya. Deko kuarters yang bertemakan konsep "Scandinavian Design". Cantik gituuu.
Yang bawah ini merupaka bahagian ruang tamu. Tempat untuk melihat tv dan santai-santai dengan family.
Ruangan bahagian makan pula ada dibelakang.
Dekorasi bahagian bilik tidur saya. Putih murni begitu.
Kita pergi ke bahagian dapur pula. Bahagian dapur ni saya letakkan stiker wallpaper pada bahagian tiles dan catkan semuala dinding yang dah lusuh.
Tambah rak kabinet kat atas tu baru nampak cantik dan sempurna.
Bahagian laundry area saya. Senang jer nak basuh.
Last sekali adalah rupa bahagian tandas. Simple jer kerana tandas ni yang paling penting adalah kebersihan bukannya deko.
Sumber : Nur Diyana