Cara Yang Senang Mencuci Air Fryer Agar Nampak Berkilat

Ditulis oleh

Cara yang senang mencuci air fryer adalah penting untuk zaman sekarang kerana zaman ini merupakan zaman dimana ramai orang yang pandai memasak. Ini termasuklah kita semuakan. Dengan peralatan memasak yang moden , canggih dan senang untuk digunakan ini semua orang dapat memasak dengan mudah, senang dan cepat.

Namun, secanggih mana pun teknologi sesebuah itu, selepas menggunakannya ia tetap akan kotor dan perlu dibasuhkan. Yang paling leceh sekali ialah nak membasuh air fryer kerana selepas menggunakannya, sisa-sisa keraknya masih melekat pada airfryer itu. Anda kena mengetahui cara yang senang mencuci air fryer dengan betul.

Jadi hari ini, Giler Deco ingin menceritakan tentang cara yang senang mencuci air fryer agar nampak berkilat yang dikongsikan oleh saudari Huda Zainal di laman halaman facebook beliau.

Cara Yang Senang Mencuci Air Fryer

Benda paling azab nak cuci dekat dapur, bonda rasa cuci air fryer. Especially lepas panggang ayam. Aduh dia punya melekat tu memang susah nak tanggal. Lepas tengok youtuber Melissa Maker deep clean oven dia. Terus tercetus idea nak cuba dekat air fryer ni.

Subhanallah, cuma dengan guna cuka. Seriously senang yang amat. Tak adalah istilah tangan sado nak menyental. Bonda guna cuka dan span cuci pinggan je dekat kerak-kerak wiring rack tu. Cepat je tertanggalnya. Nak tau cara, tengok gambar.

Cara Cuci Dengan Senang Dan Berkesan

1.Lepas panggang ayam. Kerak kat wiring rack tu memanglah kuat melekat bertaut. Haih. Gaya dia melekat macam orang bercinta. Tak boleh dilepaskan.

Cara Yang Senang Mencuci Air Fryer

2. Masukkan air 300ml

Cara Yang Senang Mencuci Air Fryer

3.Tambah cuka 3 sudu besar ye.

Cara Yang Senang Mencuci Air Fryer

4.Set masa 200 celcius. Masa 15 minit. Sesudah habis tu biarkan air fryer sejuk.Bonda buat ni lepas berbuka. Masa sahur baru cuci.Guna span dan sabun cuci pinggan je. Senang tanggal.

5.Bersihkan. Dengan cuka je nak lembutkan kerak tu. Lepas ni bolehlah buat ayam panggang selalu.Selalu air fryer ni tak guna sebab bercinta nak cuci. Air fryer antara kitchen appliance yang pakai sekali kena cuci. Bukan cuci bila ada masa nak cuci ye anak-anak.

Macam mana semua dengan transformasi yang dilakukan saudari kita ini? Hebat bukan? Daripada nampak kotor dan tidak bersih sehingga menjadi berkilat dan nampak seakan-akan baru dibeli daripada kedai.

Sumber : Huda Zainal

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 3, 2021
Dikemaskini pada
Januari 3, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram