DIY Dapur Berusia 13 Tahun Kepada Gaya Glamor Simple

Ditulis oleh

Kawasan dapur rumah memang boleh dikatakan satu kawasan yang dikunjungi setiap masa sama ada mahu memasak atau pun mahu mencari makanan ketika lapar. Memiliki dapur yang cantik memang menjadi impian setiap pemilik rumah terutamanya golongan suri rumah yang sering menggunakan dapur untuk memasak. Perkongsia Giler Deco pada kali ini adalah dari Aizam Yusof. Perkongsiannya adalah mengenai diy dapur berusia 13 tahun kepada gaya glamor simple.

Sangat menarik apa yang dilakukan oleh lelaki ini. Dapur lama yang berusia lebih kurang 13 tahun kini diubahsuai menjadi dapur simple yang kelihatan mewah.

Jadi jom ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan oleh lelaki ini.

DIY Dapur Berusia 13 Tahun Kepada Gaya Glamor Simple :

Saya share dapur saya sebelum dan selepas. Upgrade sikit jer. Tiles, table top, sinki dan juga lantai spc. Termasuk 1 pintu ke ruang tv dan juga ratakan dinding bahagian kiri yang ada dinding bercorak.
Kos keseluruhan 14k +
Selamat mendeco semua.

Ini adalah keadaan Dapur asal. Sejak buat 13 tahun lepas.

deco dapur

Ini adalah semasa proses penukaran kabinet dapur.

Proses diy dilakukan lagi dengan gigih.

Ini adalah keadaan ruang dapur selepas diubahsuai dengan gaya baru yang cantik dan kelihatan mewah.

Keadaan dapur dari sudut pandangan berbeza.

Just nice and simple.

Pintu yang memisahkan dapur dan ruang tv. Belum di touch up lagi. Frame kena cat warna putih.

deco dapur
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam mencari sumber inspirasi dan idea dalam cuba untuk deco dapur rumah anda. Dapur yang cantik dapat menaikkan lagi orang rumah untuk memasak.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 30, 2021
Dikemaskini pada
Jun 30, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram