Semakin ramai memilih untuk DIY wainscoting untuk menjimatkan bajet. Walaupun projek ini tidaklah sukar, tetapi untuk mendapatkan hasil kerja yang kemas, sedikit ketelitian diperlukan dan jenis wainscoting juga menentukan tahap kesukaran.
Kali ini kami akan berkongsi tips dan cara pasang wainscoting PVC supaya ia kelihatan lurus dan sudah tentu nampak kemas.
Apa Itu Wainscoting Jenis PVC?
Malaysia, selain kayu dan polyurethane. Murah, lasak dan mudah dipotong menjadikan ia material yang popular di kalangan pemilik rumah yang inginkan wainscotting pada dinding rumah mereka.
Terdapat dua jenis wainscoting PVC di pasaran iaitu PVC roll dan PVC foam.
Perbezaan PVC Roll dan PVC Foam
PVC Roll:
Didatangkan dalam gulungan.
Kebaikan:
- Tidak perlu dicat kerana didatangkan dalam pelbagai warna, hanya pilih sahaja warna kegemaran anda
- Lebih ringan
- Tak mengecut bila terkena air atau cuaca sejuk
Kekurangan
- Harga yang mahal berbanding foam namun lebih murah daripada kayu.
PVC Foam:
Bahan yang digunakan adalah dari span.
Kebaikan:
- Sangat murah
- Ringan
- Mudah dipasang
- Kalis air
Kekurangan:
- Mudah dipenyek
- Sukar untuk kembali kepada betul asalnya
- Tidak tahan lama
- Akan mengecut bila terkena air atau cuaca sejuk
Apakah Peralatan Yang Diperlukan Untuk Memasang Wainscoting PVC?
- Wainscoting PVC
- Pensel
- Pembaris atau pembaris 45 darjah
- Pisau
- Pemadam
- Kad manila
- Masking tape
- Berus
- Gam jenama Dunlop
- Kain
Tips & Cara Pasang Wainscoting PVC Agar Hasil Kerja Nampak Macam Pro
- Wainscoting yang baru dibeli mempunyai garisan untuk memisahkan antara kepingan wainscoting. Jadi anda harus memotong wainscoting tersebut dahulu mengikut garisan yang sedia ada.
- Wainscoting perlu diasingkan kepada dua bahagian iaitu bahagian border atas dan bingkai kotak.
- Untuk pemasangan wainscoting bahagian border atas, mula-mula ukur dan tandakan jarak dari lantai ke bahagian border.
- Ukur panjang wainscoting pada dinding yang ingin dipasang dan potong.
- Dengan menggunakan kain, bersihkan setiap kepingan wainscoting dan juga dinding.
- Jika wainscoting anda bewarna putih dan ada sedikit kesan kotoran, gunakan pemadam untuk hilangkannya.
- Potong kad manila mengikut saiz yang anda mahu.
- Potong wainscoting PVC mengikut frame yang anda buat menggunakan kad manila tadi.
- Gunakan pembaris 45° darjah untuk memotong bucu setiap wainscoting.
- Tandakan pada dinding menggunakan pensil frame kotak yang menggunakan kad manila yang dipotong tadi.
- Ambil gam Dunlop, sapukan pada wainscoting dan juga pada dinding. Jangan terlalu banyak atau tebal meletakkan gam Dunlop, ini disebabkan lambat kering jika letak gam banyak atau tebal.
- Tunggu gam kering 1 minit sebelum memasang wainscoting supaya ia melekat dengan kuat.
- Potong masking tape untuk diletakkan pada wainscoting dan biarkan ia selama semalaman untuk melekat lebih kuat.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.