Cara Mudah DIY Bekas Sabun Axion Jadikan Pasu Bunga Ala Mewah

Ditulis oleh

Penghasilan projek secara diy pada masa kini memang sudah menjadi trend. Hal ini kerana, apabila melakukannya secara diy kos yang dikeluarkan akan menjadi lebih jimat. Kadangkala, anda juga tidak perlu mengeluarkan kos dengan hanya menggunakan barangan terpakai sahaja. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nani's Makeover. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah diy bekas sabun axion jadikan pasu bunga ala mewah.

Jom sama-sama kita ikuti langkah mudah untuk hasilkan diy pasu bunga yang kreatif dan menarik ini.

Cara Mudah DIY Bekas Sabun Axion Jadikan Pasu Bunga

 

Deko cara marhaen. Kita ni sejenis penyayang. Kita diy pasu guna bekas sabun Axion.
Masa nak buang tu terasa macam bekas sabun tu kata "abis madu, sepah dibuang"
insaf terus.

Langkah diy ada dekat bawah ini.

 

Bekas yang digunakan adalah bekas sabun Axion yang jenis tinggi sikit.

Cara diy bekas sabun jadi pasu

Langkah seterusnya adalah dengan memotong kotak buat bentuk pasu. Boleh juga potong bentuk lain ikut kreativiti anda sendiri.

Cara diy bekas sabun jadi pasu

Untuk melekatkan kepingan kotak yang dipotong itu membentuk pasu, anda perlu guna hot glue, lekatkan pada bekas axion sehingga penuh.

Isikan tempat kosong dengan kertas supaya padat. Kemudian balut guna salotep.

Cara diy bekas sabun jadi pasu

Bancuhan cat yang digunakan adalah mengikut warna yang anda suka dengan simen stopping. Bancuh sehingga menjadi agak pekat untuk dapatkan tekstur seakan ceramic. Sapu guna berus dan biarkan kering.

Kalau nak lawa sikit kononnya, Lapkan cat yang sudah dicampur air guna kain lap. Biasanya orang panggil gombal.

Inilah hasil akhir setelah projek diy selesai dilakukan.

Nampak sangat menarik bahagian bawah pasu ini. Padahal diy guna kertas sahaja.

Pasu ini sesuai diletakkan di dalam bilik tidur.

Pandangan pasu pada waktu malam.

Cara diy bekas sabun jadi pasu

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi sumber inspirasi dan idea kepada anda dalam cuba untuk melakukan projek diy seperti ini.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 25, 2021
Dikemaskini pada
November 25, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram