Cara Lakukan DIY Gazebo Halaman Rumah

Ditulis oleh

Penghasilan dekorasi dalaman rumah dan halaman rumah secara diy pada masa kini sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan kita semua. Untuk dekorasi halaman rumah, selain dari menghasilkan landskap yang menarik, anda juga boleh hasilkan satu kawasan untuk bersantai dan berehat pada waktu petang seperti gazebo. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang lelaki yang bernama Are Juan. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara lakukan diy gazebo halaman rumah.

Kalau zaman dahulu, biasanya pemilik rumah hanya mengupah orang untuk membuat gazebo. Tetapi pada masa kini, kebanyakan pemilik rumah lebih memilih untuk menghasilkannya sendiri dengan cara diy sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dekorasi yang menarik ini.

Cara Lakukan DIY Gazebo

 

Alhamdulillah.

Hasil bertukang seorang diri buat perlahan-lahan. Biar lambat janji siap.

 

Kayu yang digunakan untuk penghasilan gazebo ini. Untuk bahagian tiang, kayu yang digunakan adalah jenis Cengal Batu dan Cengal Emas bersaiz 4x4.

Proses-proses bertukang mula dilakukan.

Kayu yang ingin dijadikan tiang itu ditebuk dan dikorek terlebih dahulu.

Kerangka gazebo mula dibentuk terlebih dahulu.

Selepas itu, pasang kerangka bahagian atap pula.

Langkah seterusnya dengan memasang bumbung zink supaya gazebo itu teduh.

Buluh ini berfungsi sebagai pagar gazebo tersebut.

Cat kayu mula disapu.

Hasil setelah selesai disyelek.

Seterusnya pula adalah proses penghasilan corak pada bahagian atas gazebo.

Ukur terlebih dahulu kawasan kayu yang ingin dilakar corak tersebut.

Corak yang ingin dibuat dilakar terlebih dahulu.

Setelah selesai melakar dengan corak yang diinginkan, tiba masanya untuk proses mengukir dan menebuk pula.

Kayu hiasan tersebut mula ditebuk dengan bentuk bulat.

Kayu hiasan setelah selesai dibuat corak dan disapu syelek.

Proses pemasangan kayu hiasan tersebut mula dilakukan.

Tempat alas kali yang dihasilkan.

Inilah hasil akhir pondok gazebo yang telah selesai dibina. Sangat cantik dan kreatif.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 20, 2022
Dikemaskini pada
Januari 20, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram