Isteri mana yang tidak gembira bila ruang dapur rumah diubahsuai dengan konsep baru. Lagi-lagi yang membuat pengubahsuaian itu adalah suaminya sendiri. Jadi perkongsian kali ini adalah dari Yatie Hamdi. Beliau ingin berkongsi mengenai diy table top, kabinet barang dan kabinet gantung untuk isteri tercinta.
Apa yang membuatkan perkongsian ini mendapat perhatian oleh netizen adalah kerana kesemuanya dibuat sendiri oleh suaminya itu. Sangat kreatif apa yang dilakukan oleh suaminya itu.
Inilah hasil DIY pertukangan suamiku. Sebelum ni berpuluh tahun guna almari untuk simpan barang,
Hikmah PKP akhirnya siap juga table top, kabinet barang dan kabinet gantung.
Puas hati sangat dengan hasil kerja suami.
15 hari nak siapkan sorang-sorang dapur impian ini.
Terima kasih en suami merealisasikan impian isterimu ini.
Ini adalah keadaan kawasan dapur sebelum proses diy kabinet dilakukan.
Ini adalah proses semasa pemasangan kerangka untuk membuat kabinet.
Ini adalah pandangan dari sudut lain proses semasa pemasangan kerangka untuk membuat kabinet.
Ini adalah proses semasa pemasangan kerangka untuk membuat kabinet bawah siap dipasang.
Ini adalah semasa proses sebelum pemasangan pintu kabinet bawah.
Ini adalah proses semasa pemasangan kerangka untuk membuat kabinet gantung sedang giat dilakukan.
Ini adalah ketika proses pemasangan sedang giat dilakukan dan sudah hampir siap.
Ini adalah ketika siap pemasangan kerangka kabinet gantung sebelum dipasang pintu.
Ini pula adalah gambar selepas wallpaper dinding siap dipasang dengan konsep warna pink.
Proses pemasangan pintu sedang giat dilakukan.
Proses pemasangan pintu hampir 95 peratus siap.
Ini adalah hasil diy kabinet dapur yang telah siap dihasilkan.
Ini adalah keadaan dapur siap diubahsuai dan didekorasikan dengan peralatan dapur yang cantik dan kemas.
Ini pula keadaan sinki dapur dan tempat memasak.
Gambar lebih dekat selepas proses membuat dapur selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi untuk kali ini.Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mengubahsuai dapur anda.