Cara DIY Spice Rack Untuk Dapur Tanpa Tebuk Dinding

Ditulis oleh

Kalau bercakap mengenai spice rack mesti sudah ramai mengetahuinya. Lagi-lagi untuk suri rumah yang sentiasa masuk ke dapur. Selain dari membelinya secara siap. Anda juga boleh cuba untuk diy dapur tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Perkongsian kita pada kali ini adalah dari Fara Amirullah. Perkongsiannya adalah mengenai diy spice rack untuk dapur tanpa tebuk dinding. jimat ruang, mudah & kemas sangat!.

Diy Spice Rack Untuk Dapur Tanpa Tebuk Dinding. Jimat Ruang, Mudah & Kemas Sangat! :

Ini penyelesaian. Hanya perlu luangkan masa tak lebih setengah jam .
Mudah bukan.
Lihat dibawah cara-caranya.

BAHAN-BAHAN :

Semua barangan dibeli di Mr.DIY dan Daiso sahaja. Tak semua barang murah itu tak cantik.

  1. Wall hook - RM5.57/setiap satu pek. Beli 4 pek (Daiso). Link : https://invol.co/cl4nzhu
  2. Rak – RM9.50/setiap satu. Beli 4. (MrDIY). Link : https://invol.co/cl4nzje
  3. Balang kosong – RM0.85/setiap satu. Saya beli 24 pcs. (MrDIY) Link : https://invol.co/cl4nzlo
  4. Lighter :
    Lazada : https://invol.co/cl4u1zy
    Shopee : https://invol.co/cl4u20s
Jumlah : RM80.70

Inilah wall hook dari Daiso itu. Ada yang 1 kg, 3kg, 4 kg dan 6kg. Saya ambil yang 6kg. 1 rak gunakan 2 wall hook ini. Jadi sebab ada 4 rak, saya kena beli 4 pek.

diy spice rack

1. Yang ini pula rak dari Mr DIY. Saya guna 4 rak ni.

diy spice rack2. Ini adalah rak yang akan digunakan untuk diy kali ini.

diy spice rack3. Mula-mula cadang nak beli balang ni dekat kedai Eco. Tapi nampak dekat Mr DIY harga RM0.85 je. Jauh lebih murah dan kualiti pun elok. 24 pcs baru RM20.40. Murahlah kan? Lagipun penutup jenis plastik ni bagus. Dulu saya pakai Ikea punya. Setiap minggu memang akan basuh sebab berhabuk dan minyak. Lama-lama penutup pun jadi berkarat, sebab tulah saya tukar jenis macam ni.

diy spice rack4. Beginilah cara nak gunakan hot melt adhesive wall hook tu. Kena bakar sikit dekat gam yang sedia ada di belakang hook tu bagi cair sikit. Hati-hati ya sebab panas kalau kena tangan

Bila dah cair nanti barulah tampal dan biarkan kejap dalam 2-3 jam baru boleh gantung rak tu. Kemudian bolehlah susunkan balang-balang yang dah diisikan dengan rempah atau bahan dapur yang biasa digunakan. Siap!

diy spice rackWall hook ni nak pakai dekat bilik air pun boleh, tapi kena buat cara ni barulah dia lekat kuat.

Mudah kan? Simple tapi sangat berguna. Dapat save space dan modal pun tak tinggi. Mana yang duduk rumah sewa dan ada dapur yang comel macam Puan Fara ni bolehlah cuba DIY spice rack organizer ni.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
April 6, 2021
Dikemaskini pada
April 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram