Bukan semua orang mampu untuk memiliki dan membeli meja konsol yang mahal dan kelihatan mewah itu. Hal ini kerana faktor kewangan juga memainkan peranan yang agak penting bagi memastikan keluarga anda tidak kesempitan wang. Jika anda mahu berjimat cermat apa salahnya jika anda cuba lakukan diy meja konsol ini bukan? Perkongsian pada kali ini adalah pemilik rumah itu sendiri yang bernama Ahmad Faeez. Perkongsiannya adalah mengenai cara mudah diy console table gaya premium mewah hanya guna paip pvc.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah cara diy yang agak menarik untuk dipertontonkan ini.
Tengok SSF console table harga meninggal. Maka mula la google cari design untuk DIY. tak ada pula design, reka la sndiri dan inilah hasilnya.
Barangan yang digunakan :
- Paip 10meter - RM30
Link : https://shp.ee/erqqn2h.- Paip T 18pcs - RM11
Link : https://shp.ee/8z3bt3h- Paip L 18pcs - RM14
Link : https://shp.ee/8z3bt3h- Spray Gold - RM7
Link : https://shp.ee/ycqg3mh- Ikea Fonnes - RM60
Link : https://shp.ee/brw59zh
Pertama sekali adalah anda perlukan pelan dan lakaran sebelum melakukan proses diy ini.
Pastikan peralatan yang ingin digunakan itu cukup lengkap kesemuanya. Senarai barangan ada pada bahagian atas.
Paip pvc mula dipasang.
Ini adalah ketika pemasangan rangka meja tersebut.
Pemasangan rangka telah selesai.
Inilah hasil selepas proses diy ini selesai dilakukan. Cantik dan kreatif bukan?
Itu sahaja perkongsian diy yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian diy meja konsol ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mencari idea dan sumber inspirasi dalam melakukan diy meja konsol cara jimat seperti yang dilakukan oleh pemuda ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba.