Pembinaan rumah berkonsepkan tiny house pada masa kini sudah menjadi trend. Kalau dahulu, rumah jenis ini tidak digemari oleh orang ramai dek kerana ruangnya yang agak sempit dan terhad menjadikan ianya kurang diminati oleh pemilik rumah. Tetapi pada masa kini, ia sudah menjadi satu perkara biasa membina rumah dengan berkonsepkan tiny house ini. Perkongsian pada kali ini adalah dari Hafizah Abu Bakar. Perkongsiannya pula adalah mengenai bina rumah kecil berkonsepkan tiny house.
Selain itu, faktor rumah jenis ini mula disukai ramai adalah kerana kos untuk pembinaannya tidak begitu mahal. Kebanyakan pemilik rumah biasanya suka menerapkan idea dekorasi yang menarik dan mampu membuatkan dalam rumah ini kelihatan cantik dan ceria walaupun ruangnya tidak begitu luas dan terhad.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Saya tak pasti ini dipanggil tiny house atau tidak. Ukuran 23x25 kaki, 2 bilik, 1 bilik air, 1 dapur, 1 ruang tamu. Rumah ini memang saya stay dengan keluarga kecil saya sebab nak dekat dengan rumah mak. Sementara suami pencen merasa duduk rumah sendiri yang dekat dengan family. Kos dalam RM40k, beli barang lepas itu upah tukang rumah.
Ini adalah keadaan bahagian luaran setelah selesai dibina.
Bahagian ruang tamu setelah selesai diubahsuai.
Keadaan bahagian dapur setelah selesai diubahsuai.
Bilik air setelah selesai diubahsuai.
Keadaan ruang bilik tidur.
Gambar lebih jelas keadaan ruang tamu.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat.