Bilik Biasa Di Makeover Menjadi Perpustakaan Mini

Ditulis oleh

Siapa disini yang ada impian untuk memiliki home library sendiri ataupun perpustakaan mini di rumah anda? Pasti ada antara kita menginginkan satu perpustakaan dirumah agar ia dijadikan ruang untuk membaca buku dengan tenang dan senyap.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Hasma Ismail telah berkongsikan dengan kita semua bagaimana beliau berjaya menarik perhatian orang ramai. Beliau telah makeover satu bilik membaca biasa menjadi perpustakaan mini.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda gambar-gambar makeover perpustakaan mini yang dilakukan sendiri oleh beliau dan juga bahan yang digunakan sepanjang makover ini daripada beliau yang bermodalkan RM9K. Jom kita tengok.

Makeover Bilik Biasa Menjadi Perpustakaan Mini Bermodalkan RM9K

Memang impian saya ada home library sendiri. Kini sebab anak-anak mungkin akan bersekolah di rumah saja hingga waktu yg kerajaan tetapkan saya bersyukur mereka boleh selesa belajar.

Susunan perabot, design kabinet buku dan pilihan warna semua suami saya yg buatkan. Dia juga yang cat sendiri. Kabinet tempah tukang kayu.

Sofa, meja kopi dan tangga rak buku dari Ikea. Pokok-pokok palsu dari Ikea dan SSF. Meja belajar dan kerusi dari kedai perabot dekat rumah je.

GAMBAR SEBELUM MAKEOVER DILAKUKAN

Ini adalah gambar akan keadaan bilik yang dulu sebelum makeover dijadikan perpustakaan mini.

93788387_10217890523634719_4208619113112666112_n-2

93547372_10217890523394713_9035983812026171392_n

92972256_10217890523074705_3091355466379296768_n

HASIL SELEPAS MAKEOVER DILAKUKAN

Tadaaaaaa. Inilah dia wajah baru bilik yang dahulunya biasa sahaja sekarang sudah menjadi perpustakaan mini.

Perpustakaan Mini

Kombinasi warna hijau pada dinding adalah penting kerana ia membuatkan anda  berasa tenang terutama sekali ketika membaca buku. Manakala pilihan warna coklat dan putih pada perabot menaikkan seri bilik tersebut.

Perpustakaan Mini

Perpustakaan Mini

Perpustakaan Mini

KOS MAKEOVER PERPUSTAKAAN MINI

Menurut Hasma Ismail, kos untuk makover bilik ini menelan belanja lebih kurang dalam RM8,600. Ini adalah perbelanjaan lebih detail:

1. Kabinet (8x9x10kaki) = RM7,000
2. Cat = RM500
3. Vinyl Flooring = RM900
4. Perabot ada yang baru dan lama = ~RM2,000

Macam mana dengan makover ini? Cantik bukan? Sesuai untuk anak dan anda juga untuk membaca ataupun mengulang kaji pelajaran dengan keadaan suasana yang senyap dan tenang. Apa kata anda jadikan perkongsian ini sebagai inspirasi anda.

Sumber : Hasma Ismail

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Tampal “Shera Plank” Pada Dinding Menghasilkan Kediaman Ala-Ala English Cottage

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 25, 2021
Dikemaskini pada
Januari 25, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram