Makeover Bilik Lama Jadikan "Home Office" Berkonsepkan Minimalis

Ditulis oleh

Di musim wabak Covid19 ini, walaupun kerajaan mula beri kelonggaran kepada kita semua untuk bercuti dan bersiar-siar, kita masih belum cukup selamat lagi. Untuk yang bekerja pula, sesetengah syarikat masih melakukan penggiliran pekerja bagi mematuhi saranan kerajaan dalam menjaga SOP. Jadi "Home Office" sangat diperlukan lagi pada masa kini. Perkongsian pada kali ini adalah dari Annur Faiznur. Perkongsiannya pula adalah mengenai makeover bilik lama jadikan "Home Office" berkonsepkan minimalis.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco home office yang menarik ini.

Makeover Bilik Lama Jadikan "Home Office" Berkonsepkan Minimalis

 

Room makeover untuk Home Office konsep minimalist. Inspirasi tengok pinterest transformasi ikut bajet sendiri.

  • Cat Jotun Majestic Sheen - code Industrial blue & Sand
  • Vinyl floor code 8332
  • Kerusi office - Beli secondhand office let go kerusi sebelum lockdown.
  • Meja - Ikea & Shoppee
  • Deco wall - IKEA

Sorang satu meja, senang tak berebut.

Terima Kasih suami Wawan Jawer Fernandes jadi superhero buat ubahsuai seperti yang diinginkan isteri. Tiga hari sahaja selesai, beli dekat Shopee pun cepat sampai.

 

Ini adalah keadaan ruang bilik yang ingin dideco menjadi home office tersebut.

deco home office

Dinding bilik mula dicat dengan warna agak gelap dan lantai vinyl dipasang.

deco home office

Akhirnya siap sudah home office idaman. Sebelah kiri ini adalah ruang yang digunakan oleh isterinya.

deco home office

Pada bahagian sebelah kanan pula adalah tempat bekerja untuk suaminya.

deco home office

Inilah pandangan menyeluruh home office mereka setelah selesai dilakukan ubahsuai bilik.

deco home office

Ini adalah gambar dari pinterest yang digunakan sebagai idea dan sumber rujukan untuk deco home office.

deco home office

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 6, 2021
Dikemaskini pada
November 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram