Siapa sangka kan dulu pernah viral mengenai sebuah hospital yang dibina di negara China ini hanya memerlukan masa 10 hari sahaja untuk disiapkan. Ia bukan sahaja mengejutkan rakyat diluar negara namun di Malaysia juga. Mesti ramai yang kagum dengan betapa cepatnya binaan sebesar itu hanya dibina dalam 10 hari.
Namun, yang terbaharu pula ialah sekali lagi viral mengenai sebuah bangunan dengan binaan 10 tingkat cuma hanya mengambil masa 29 jam sahaja untuk disiapkan. Siapa lagi yang mampu membuatnya? Mestilah negara daripada China ini sekali lagi. Ia merupakan antara pembuatan projek yang terpantas didunia.
Jika lihat pada video yang disediakan ini, teknik pasang siap digunakan untuk membuat binaan ini. Ia antara salah satu punca bangunan ini dapat disiapkan dengan cepat. Jika ingin mengetahu lebih lanjut, boleh tengok video yang telah disediakan dibawah.
Dah macam main lego dah susun-susun dan letakkan macam ni. Apabila dah siap, boleh duduk terus dalam bangunan tu. Dalaman bangunan tu pula lawa-lawa sangat.
Menggunakan Bahan Binaan Yang Kukuh
Menurut laporan yang disediakan ini, pihak BROAD Group ini menggunakan teknik pasang siap untuk mempercepatkan lagi proses membina tersebut. Dan juga dengan menggunakan bahan besi Stainless Steel B-Core Slab ini, bangunan ini mampu bertahan daripada gempa bumi serta ribut taufan yang melanda.
Pasang-Pasang Binaan Seakan Lego
Jika dilihat kepada model binaan yang siap, ia hanya berbentuk seperti bongkah lego. Pekerja hanya letakkan dan susunkan dengan betul, ketatkan skru dan melakukan sedikit wiring eletrik. Dan siapppp! Begitu mudah jer dilakukan.
Sumber : Broad Group