Senarai 3 Banglo Mewah Di Malaysia Setaraf Hollywood

Ditulis oleh

Sekiranya anda telah menonton bagaimana kehidupan orang Asia yang sangat kaya dalam filem yang terkenal iaitu filem Crazy Rich Asians.  Anda pasti mengetahui bagaimana orang Asia yang sangat kaya hidup di dalam filem tersebut. Apa yang lebih hebat dan digilai daripada dunia filem ini ialah, kini rumah sebenarnya ada di Kuala Lumpur dan sudah mula dijual! Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai senarai 3 banglo mewah di malaysia setaraf hollywood.

Senarai 3 Banglo Mewah Di Malaysia :

 

Inilah Salah Satu Banglo Paling Mewah Di Malaysia

Banglo mewah seluas 15 000 kaki persegi ini terletak di puncak bukit di Country Heights Damansara. Banglo 3 tingkat ini mempunyai 6+1 bilik tidur, 6 bilik mandi dan kolam renang peribadi. Sememangnya ia rumah idaman semua orang. Tetapi ia mungkin akan menjadi kenyataan bagi orang kaya, yang mana hartanya tidak habis di makan tujuh keturunan.

Banglo mewah ini memang dijual sekarang. Ia di jual dengan harga yang sangat besar iaitu bernilai RM20 juta. Ini belum termasuk dengan bayaran penyelenggaraan RM 1000 sebulan. Anda pasti tertanya-tanya adakah ianya berbaloi?

Pertama, salah satu konsep yang ada pada rumah ini ialah “infinity pool”. Kolam tersebut terletak pada ketinggian 8 meter di atas tanah dan dihiasi dengan pemandangan pohon-pohon yang cantik memukau. Ia seolah-olah berada dalam suasana kampung tanpa meninggalkan kota yang sibuk.

Memang ini bukan rumah biasa. Ia sangat istimewa. Dengan menggunakan konsep ruang yang terbuka, ruang tamu ini akan membawa anda ke kawasan hijau yang indah di sekitarnya. Manakala panel kaca itu di gunakan di tempat pegangan tangan di tepi tangga.  Sebenarnya bahagian ketiga di rumah ini hanya dapat diakses melalui jambatan kaca sahaja.

Selain itu, penggunaan bahan rumah ini semuanya buatan tempatan seperti lantai kayu dan siling kayu. Sebenarnya bahan buatan tempatan lebih berkualiti dan terjamin dalam senibina, oleh sebab itu mereka menggunakan bahan buatan tempatan. Manakala konsep warna yang dipilih untuk rumah ini sangat berhati-hati yang mana terdiri daripada warna kelabu dan putih.

Ianya Adalah Senibina Hebat : 

Rumah ini pastinya tempat perlindungan yang sesuai bagi seseorang yang mahu lari dari kesibukkan dan lampu yang menyilaukan di kota yang sibuk. Senibina moden ini sangat sesuai dengan kehijauan pokok di sekelilingnya. Sangat hebat dan cantik kan? Memang ini impian semua orang. Jika anda berusaha pasti anda dapat, "jangan pernah mengatakan tidak pernah". Kerana anda mungkin pemilik seterusnya banglo mewah ini.

Kredit Foto : H.Lin Ho Photography

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 20, 2020
Dikemaskini pada
Jun 20, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram