Tampal Wallpaper Pada Peralatan Elektrik Risiko Kebakaran?

Ditulis oleh

Sudah menjadi kebiasaan apabila setiap peralatan di rumah kita akan balutkannya dengan kertas dinding. Antara kawasan yang menjadi tumpuan untuk dibalut kertas dinding adalah di kawasan ruangan dapur seperti di peti sejuk dan microwave. Ianya bertujuan untuk mencatikkan peralatan tersebut serta mampu menyembunyikan kesan kotoran pada peralatan elektrik tersebut. Adakah tampal wallpaper pada peralatan elektrik risiko kebakaran? Jom ikutinya.

Walaupun ianya kelihatan sangat cantik, namun begitu ada bahaya yang menanti. Nyawa anda dan keluarga anda sekiranya anda masih tidak cakna tentang perkara ini. Elakkan tampal kertas pada peralatan eletrik.

Amalan menampal kertas dinding pada peralatan elektrik sebenarnya mampu mengundang bahaya. Ia adalah kerana bahan kertas dinding tersebut diperbuat daripada bahan yang mudah terbakar.

Tampal Wallpaper Pada Peralatan Elektrik Risiko Kebakaran? :

Elakkan Tampal Kertas

Perkara ini telahpun dikongsikan oleh Public Health Malaysia di laman sosial Facebook ada berkongsikan posting menasihati netizen untuk elakkan tampal kertas dinding pada peralatan elektrik. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian tersebut.

Selain daripada kertas dinding, bahan-bahan yang mudah terbakar juga perlu dielakkan seperti langsir, ropol, bunga hiasan dan wallpaper perlu dielakkan dari diletakkan berhampiran dengan dapur. Begitu juga dengan peralatan elektrik seperti peti ais. Peti ais tidak perlu dipakaikan tudung, tidak perlu dilapik dan dibungkus dengan wallpaper.

Wallpaper kedai ECO dan DIY memang murah, tetapi membungkus peti ais dan barang elektrik akan menyebabkan haba dari barang elektrik tidak dapat dibebaskan dengan berkesan.

Selain meningkatkan risiko kebakaran ianya juga akan menyebabkan keberkesanan barang elektrik akan berkurangan, meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat barangan elektrik.

Elakkan Tampal Kertas

Oleh itu, sebelum berlaku dengan perkara-perkara yang tidak diingini, lebih baik kita mengelakkan daripada melakukan perkara sebegini. Ini sesuai dengan pepatah Melayu iaitu "Sediakan payung sebelum hujan". Renung-renungkanlah.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 17, 2020
Dikemaskini pada
November 17, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram