Suami Isteri Terkejut Lihat Rambut Terjuntai Macam Pontianak Atas Siling Rupanya...

Ditulis oleh

Pasti ramai dalam kalangan kita pernah melalui pengalaman seram sehinggakan kejadian tersebut membuatkan diri trauma. Kejadian yang hampir sama juga berlaku kepada pasangan suami isteri ini di mana mereka menyaksikan satu lembaga di siling rumah mereka. Ingin tahu lembaga apa yang mereka saksikan itu? Jom ikuti babak seram suami isteri terkejut lihat rambut terjuntai macam pontianak atas siling rumah.

Suami Isteri Terkejut Lihat Rambut Terjuntai Macam Pontianak Atas Siling.

 

Pasangan suami isteri ini begitu terkejut saat menyedari ada satu lembaga hitam berambut panjang pada siling rumah mereka. Lembaga tersebut seakan hantu yang duduk dalam keadaan terbalik sambil rambutnya terjuntai dari atas ke bawah. Keadaan ini boleh dikatakan agak seram seolah-olah sama seperti dalam filem seram.

Pada awalnya mereka agak berasa takut dan berfikir dua kali untuk mendekati objek atau lembaga berambut itu, namun selepas diperhatikan betul-betul, mereka baru menyedari bahawasanya objek atau lembaga tersebut adalah rambut dan kepala anak perempuan mereka.

gelagat seram lucu

Hal ini terjadi kerana pada bahagian atas rumah mereka mempunyai satu lubang sebesar 8 inci. Sebenarnya lubang tersebut dibuat adalah untuk pemasangan saluran ventilation yang digunakan sebagai lubang pemasangan kipas di antara dua tingkat kediaman mereka di puding, wilayah Guizhou, China.

Seperti yang kita tahu kanak-kanak biasanya mempunyai satu sifat ingin mencuba apabila melihat satu benda pelik. Hal ini betul-betul terjadi kepada anak mereka apabila anak mereka cuba memasukkan kepala ke dalam lubang tersebut. Tapi malangnya, selepas itu kepalanya pula tersangkut dan tidak dapat dikeluarkan.

Terkejut melihat keadaan anak mereka yang tersangkut kepala itu, lantas mereka menghubungi pihak bomba untuk membantu mengeluarkan kepala anak mereka dari lubang tersebut.

gelagat seram lucu

Salah seorang anggota bomba tersebut menolak kepala kanak-kanak perempuan itu dari bawah dan seorang anggota lagi cuba menariknya dari atas. Namun, cubaan dengan cara tersebut tidak membuahkan hasil.

Kemudian mereka cuba menyapu minyak sayur di kepala kanak-kanak perempuan itu. Selepas itu mereka melakukan cubaaan beberapa kali hinggalah mereka berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut.

gelagat seram lucu

Dikatakan kanak-kanak perempuan berkenaan tersekat di lubang tersebut lebih kurang sejam dan pasukan bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk dikeluarkan.

Kanak-kanak perempuan itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan yang lebih lanjut. Kemudiannya disahkan tidak mengalami kecederaan yang serius akibat insiden tersebut.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 4, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 4, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram