Langkah Keselamatan Dan Perkara Penting Untuk Dilakukan Apabila Rumah Dimasuki Air Banjir

Ditulis oleh

Banjir sekarang yang melanda negara Malaysia terutamanya negeri seperti Selangor, Pahang, Perak dan Kelantan ini adalah sesuatu diluar jangkaan. Ramai yang terkesan dengan banjir untuk kali ini. Keadaan hujan turun dengan lebat berterusan ini antara punca utama terjadinya banjir kali ini.

Sudah pastinya rakyat bukan sahaja terjejas dari segi makanan dan keperluan. Ada yang terjejas akan seperti kehilangan dan juga kerosakan barang perabot dan juga kereta. Apabila surutnya banjir ini, tentunya proses pembersihan kawasan rumah perlu dilakukan untuk membersih sisa-sisa banjir ini.

Melalui posting pertanyaan oleh @magmalaya didalam page  PenMerahdotcom ini akan menunjukkan beberapa tips mengenai langkah yang perlu dilakukan apabila rumah dimasuki air banjir. Jom kita tengok apa tips yang dikongikan oleh netizen-netizen ini.

Langkah Keselamatan Dan Perkara Penting Untuk Dilakukan Apabila Rumah Dimasuki Air Banjir

Rumah kau pernah masuk air banjir? Kongsikan apa yang kita perlu tahun untuk proses pembersihan lepas air surut. Mungkin kita yang sukarelawan boleh belajar dan mungkin boleh kumpul duit untuk beli barang keperluan membersih.

Rumah Air Banjir

Perkongsian Penting Dari Rakyat Malaysia Mengenai Rumah Dimasuki Air Banjir

1. Sediakan Water Jet & Kasut Getah Tinggi

  • Perkongsian daripada Nurhayati Mzain ini menyatakan bahawa water jet dan kasut getah yang tinggi sangat-sangat membantu. Ia membolehkan anda untuk anda redah selut dan juga lumpur banjir dengan mudah dan selesa.

Rumah Air Banjir

2. Tebuk 1 Lubang Dinding Menghala Ke Luar

  • Anda disarankan untuk tebuk 1 lubang kat dinding yang menghala ke luar. Kecik je dan sebesar botol mineral. Pastu tolak2 je air , air akan keluar ikut lubang tu. Sangat-sangat membantu untuk mengeluarkan air yang berada didalam rumah.

Step By Step Yang Betul Apabila Rumah Dimasuki Air Banjir

Berikut merupakan sedikit langkah atau cara yang betul apabila ditimpa banjir. Perkongsian ini dikongsikan oleh Hafeez Nasir pada ruangan komen. Hafeez Nasir ini merupakan mangsa banjir di Pahang pada 2021. Jadi, elok juga anda ikuti nasihat yang dikongsikan itu.

Rumah Air Banjir

Sumber : PenMerahdotcom

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 21, 2021
Dikemaskini pada
Disember 21, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram