Inspirasi Dekorasi Dapur Yang Diperbuat Daripada Kayu Pallet

Ditulis oleh

Sesiapa disini inginkan sebuah dekorasi dapur yang penuh diperbuat daripada material kayu pallet untuk dijadikan inspirasi? Jika anda sedang mencari inspirasi untuk dapur jadi artikel ini memang sesuai untuk anda.

Artikel kali ini menunjukkan seorang wanita yang bernama Noor Sarah Noor Sulaiman ini berkongsikan sebuah dekorasi dapur milik beliau kebanyakkan diperbuat daripada kayu pallet. Hasil dan juga kemasan kayu pallet yang dibuatkan tersebut sangatlah cantik sehingga ramai yang mengambil inspirasi dari perkongsian tersebut.

Jom kita lihat dekorasi-dekorasi dapur yang diperbuatkan dari kayu pallet ini. Semoga ini menjadi inspirasi untuk anda semua.

Inspirasi Sebuah Dekorasi Dapur Yang Diperbuat Daripada Kayu Pallet Yang Cantik

Kerana aku seorang perempuan.

Sehingga kini masih tidak percaya pada tangan yang mengayun buaian mampu mengayun gergaji. Mula cabar diri sendiri hasilkan sesuatu yang tidak pernah dibuat selama ini kerana jatuh cinta pada kayu pallet.

Kayu pallet punya pasal sampai sanggup hasilkan bersama berbaldi-baldi air peluh. Sangat suka mereka cipta sampai sanggup buat berminggu-minggu lamanya dan hampir ke bulan masa yang diambil.

Sejujurnya perjalanan ini sangat sukar bagi saya. Saya bukan otai dalam bidang pertukangan. Ditambah lagi dengan tiadanya kemahiran tersendiri. Hanya minat sahaja yang dibekalkan.

Rasa macam hendak tercabut tangan kaki buat benda ini sorang-sorang. Hampir jugak patah semangat.Memang fasa menguji diri disaat ini.

Tiada modal yang tinggi. Hanya barang-barang dari kedai Diy , Kedai Eco, kayu pallet terpakai dan rak lama terpakai saya gunakan.

Tak ada mesin pemotong kayu cuma gergaji saya gunakan.Dril pula matanya dah tumpul.Lagi la azab hendak dikerjakan.

Alhamdulillah siap.

Nangis tepi bucu kabinet pallet sebab tak percaya boleh buat kerana aku seorang perempuan.

Tangan yang mengayun buaian mampu mengayun gergaji sebenarnya dan malah lebih dari itu.

Semangat

Dekorasi Dapur Yang Boleh Dijadikan Sebagai Inspirasi Untuk And

Ini pemandangan sebelum dikilatkan. Cuba menyusun barang. Ada yang kekal dan ada yang saya ubah.

Pemandangan sisi rak sebelum dikilatkan dan cuba menyusun barang. Ada yang kekal dan ada yang saya ubah. Macam-macam stail ada

Hasil gabungan almari lama yang hampir reput permukaannya, rak-rak lama dan kayu pallet terpakai ditukar berwajah baru.

Inspirasi Dekorasi Dapur

Pandangan sisi rak selepas dikilatkan. Tidak dilupakan kita upgrade juga dapur gas kita. Pasangkan pintu dari kayu pallet terpakai yang telah dicantikkan bagi nampak samarata dengan rak sebelah.

Hidden Rack

Rak tersembunyi yang direka bagi menyembunyikan botol-botol dan bekas-bekas dari bertaburan di merata-rata tempat. Senang dicapai bila hendak digunakan. Hidden rack ini dipasangkan roda bagi memudahkan saya menarik ianya keluar.

Inspirasi Dekorasi Dapur

Rak Pinggan

Terhasil kerana sayangkan lantai kayu katil lama dari dibuang begitu sahaja kerana sudah patah. Tukarkan menjadi rak pinggan. Makeup pakai kan bedak. Bagi cantik. Cat ala kadar tidak nampak kemas bagi menghasilkan gaya rustic.

Coffee Bar

Alhamdulillah. Siap jugak coffee bar ni. Hampir give up menghasilkannya seorang diri. Maklum sahaja tenaga perempuan macam saya ni. Cabar diri kononnya.

Inspirasi Dekorasi Dapur

Meja Coffee Bar

Meja coffee bar tu buat sendiri dari besi rak lama dan pallet terpakai. Lama tu hendak disiapkan. Bar stool pula saya reka sendiri. Lain dari yang lain. Guna besi rak lama dan kayu pallet terpakai.

Rak Gelas

Rak letak gelas tu diy sendiri je dari frame eco. Tombol rak tu ambik je dari penyangkut baju yang tidak digunakan lagi. Balang letak milo,teh,kopi dan gula tu diy jugak. Tukarkan baju baru (spray warna hitam, putih dan gold). Pada penutup balang dililit dengan tali pinggang.

Alhamdulillah akhirnya siap.

Inspirasi Dekorasi Dapur

Sumber : Noor Sarah Noor Sulaiman

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram