Rumah pusaka adalah rumah yang banyak meninggalkan seribu satu kenangan indah bersama ibu-bapa adik beradik dan kenalan di kampung. Ia juga merupakan tempat kita membesar dari seorang kanak-kanak, kini menjadi seorang yang berjaya di dalam hidup. Apabila sudah meningkat dewasa, sudah pasti rumah tersebut akan ditinggalkan dan terbiar kerana tiada penghuni. Jadi, bagi memastikan ianya kelihatan kekal menarik, tidak salahnya lakukan sedikit ubahsuai dan dekorasi. Perkongsian pada kali ini adalah dari Radiaton Daud. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah pusaka guna lantai vinyl dan wallpaper.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai yang menarik ini.
Baiki rumah pusaka sebab sayang nak robohkan. Rumah ini penuh dengan kenangan terindah.
Ini adalah keadaan asal rumah pusaka tersebut.
Pada ketika ini, sedikit ubahsuai dilakukan dengan memasang tikar getah dan hiasan karpet.
Ini pula adalah keadaan rumah pusaka ini setelah diubahsuai. Walaupun lantai asalnya hanya papan, namun itu tidak menghalang untuknya melakukan ubahsuai lantai tersebut dengan menggunakan lantai spc jenis vinyl.
Untuk dekorasi pada bahagian dinding pula, ianya menggunakan wallpaper bercorak bunga bagi menjadikan dinding rumah tersebut kelihatan lebih menarik.
Pada bahagian jendela atau tingkap rumah pula, ia diserikan lagi dengan penggunaan langsir berenda. Walaupun ianya hanyalah ubahsuai dengan dekorasi simple secara diy. Tetapi, ia mampu menjadikan rumah pusaka ini kelihatan cantik dan sedap mata memandang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian dekorasi rumah pusaka yang agak menarik ini dapat membantu anda dalam mencantikkan rumah lama anda. Semoga bermanfaat.