Projek Mencantikkan Dapur Lama Hanya Guna Wallpaper

Ditulis oleh

Penghasilan dekorasi rumah gaya baru untuk kelihatan menarik tidak semestinya perlu pecahkan dapur. Ianya boleh sahaja dilakukan dengan hanya menggunakan wallpaper dan cat sahaja. Apa yang penting adalah cara anda menghasilkan dekorasi tersebut dengan kreatif dan cantik mengikut gaya yang diinginkan. Perkongsian pada kali ini adalah dari Izan Hussin. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek mencantikkan dapur lama hanya guna wallpaper.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

 

Disebabkan kena kuarantin kendiri, Habis dapur jadi mangsa. Semua dipasang wallpaper termasuk meja makan. Modal lebih kurang dalam RM250. Deco jimat cara simple.

 

Ini adalah keadaan dapur sebelum diubahsuai.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Konsep dapur sebelum ini adalah lebih kepada kampung klasik.

Kerja-kerja pemasangan wallpaper mula dilakukan. Wallpaper yang digunakan dibeli dari Shopee.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Proses ubahsuai ini sudah 80% hampir siap. Kerja-kerja pemasangan wallpaper sudah siap. Hanya tinggal mengecat bahagian dinding sahaja.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Seterusnya pula adalah sesi mengecat.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Hasil ubahsuai bahagian dapur ini dengan menggunakan wallpaper yang dibeli dari Shopee dan cat dinding berwarna putih. Selain dari wallpaper metallic, wallpaper brick hitam itu juga dibeli dari Shopee.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Pandangan lain bahagian ruang dapur setelah diubahsuai. Cukup simple tetapi sedap mata memandang. Modal yang dikeluarkan juga berpatutan. Apa yang penting adalah kerajinan dan nekad dalam melakukan sesuatu ubahsuai.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sediki sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada anda dalam cuba untuk deko dapur hanya dengan menggunakan wallpaper sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 6, 2022
Dikemaskini pada
Februari 6, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram