Apabila bercerita mengenai dekorasi ruang rumah sewa ini mesti ramai antara kita ini yang pandai dalam bab-bab ini. Ramai jer rakyat Malaysia yang suka membuat dekorasi ruang rumah sewa dan boleh didapati didalam laman sosial.
Seperti yang dikongsikan oleh Nur Diyana ini dimana beliau telah berkongsikan dekorasi ruang rumah sewa beliau didalam Facebook. Ruang yang didekorasikan itu adalah bilik tidur utama, bilik tetamu, bilik study dan juga bilik pakaian.
Jadi, Giler Deco kali ini ingin berkongsikan dengan anda semua hasil daripada Nur Diyana yang melakukan dekorasi ruang rumah sewa beliau dan juga sedikit penerangan mengenai setiap dekorasi tersebut. Jom kita tengok perkongsian beliau.
setiap gambar saya pasti ada cerita, kenapa buat begitu dan begini, di mana beli dan sebagainya insyaAllah telah saya tuliskan di setiap caption.
Semoga setiap perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberi sedikit sebanyak idea dekorasi bajet pada semua terutama buat yang baru berkeluarga dan masih menyewa juga
SEBELUM
Ruang di dalam bilik tidur utama masa kami baru kahwin. Warna sebenar dinding adalah Silver Gray dari SKK Acristar paint
Ruangan menghadap bahagian tingkap.
SELEPAS
Inilah pemandangan bilik tidur kami hari ini. Saya dan suami sepakat untuk cuba konsep bertemakan Urban Bohemian. Pandangan ruang katil dari sudut atas.
SEBELUM
Gambar lama keseluruhan bilik. Ini kalau Diva AA tengok mahu dicarutnya aku laki bini. "Ko ni bini jenis apa dah berlaki pun tak reti reti nak kemas bilik.
SELEPAS
Gambar terbaru keseluruhan bilik.Kesemua ruangan di bilik tidur ini direka dengan tujuan. Pada saya,hanya beberapa perabot dan perincian yang praktikal sesuai diletakkan dalam bilik tidur di rumah sewa
SEBELUM
Bilik ini pada asalnya kosong, tapi suami letak katil bujang yang ada di ruang tamu tempoh hari sebelum kami make over part by part.
SELEPAS
Kesemua bilik,dapur dan ruang tamu berkongsi kod cat yang sama. Senang dan tak perlu pening pening lagi.
SEBELUM
Bilik yang paling kecil di rumah ini dijadikan bilik study untuk suami.
SELEPAS
Padanan warna kelabu bagi semua peralatan di dalam bilik ini bertujuan untuk menimbulkan effect kemas.
SEBELUM
Bilik kosong yang menempatkan pakaian kami suami isteri dan ruangan menggosok. Saya ada satu je handbag jadi memang tak ada ruang khas untuk simpanan beg tangan, kasut dan sebagainya.
SELEPAS
Hampir 90% baju digantung pada rak mulig sahaja. Setiap satu harganya RM19.90. Rak ini dibahagikan pada baju saya, baju kerja suami dan baju jersey.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco hari ini. Macam mana dengan perkongsian dan dekorasi ini? Menarikkan? Anda juga boleh melakukannya dirumah sewa anda. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Sumber : Nur Diyana