Idea Dekorasi Rumah Teres Jenis Memanjang

Ditulis oleh

Semua pemilik rumah menginginkan untuk tinggal di dalam keadaan dan suasana rumah yang selesa dengan dekorasi mengikut citarasa sendiri. Tetapi, tidak ramai yang mempunyai bakat dan kelebihan dalam melakukan dekorasi rumah. Sekiranya tidak mahir dalam melakukan dekorasi, tidak salahnya cuba untuk mengupah seseorang yang pakar dalam hal-hal dekorasi tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang pereka dalaman rumah yang bernama Anis Syuhada. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea dekorasi rumah teres jenis memanjang dipelbagaikan jadikan 3 bahagian deco berbeza.

Jadi, jom sama-sama ikuti perkongsian penghasilan dekorasi yang cukup cantik dan menarik dari seorang pereka dalaman rumah ini.

Idea Dekorasi Rumah Teres Jenis Memanjang

 

Keadaan ruang tamu utama sebelum diubahsuai. Ruang rumah jenis memanjang memang kelihatan agak simple. Tetapi jika kena dengan cara dekonya, ia akan kelihatan sangat mewah dan menarik.

Bahagaian ruang tamu utama selepas selesai di deco.

Keadaan ruang tamu tempat bersantai sebelum diubahsuai. Ketika ini perabot belum dibawa masuk.

Keadaan bahagian ruang tamu setelah selesai di deco dengan membawa masuk perabot dan barangan lain. Apa yang membuatkan suasana rumah ini kelihatan ceria adalah disebabkan penggunaan tona warna yang sangat sesuai dan menimbulkan satu perasaan yang sangat tenang.

Bahagian ruang makan sebelum diubahsuai.

Keadaan ruang makan setelah selesai dideco.

Gambaran ruang makan dari sudut pandangan dekat.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk penghasilan deco rumah yang cantik dan kelihatan mewah. Semoga bermanfaat untuk semua.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 8, 2022
Dikemaskini pada
Januari 8, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram