5 Susun Atur Dapur Yang Asas

Ditulis oleh

Dapur adalah salah satu tempat yang sangat penting dan wajib ada pada setiap rumah tidak kira rumah teres, kondo atau rumah banglo. Ia merupakan jantung bagi sesebuah rumah. Namun, dapur memerlukan susun atur dapur yang baik dan menarik supaya ia selamat digunakan dan kita juga akan senang untuk memasak di dapur.

Walau bagaimanapun, sekiranya susun atur untuk kedua-dua jenis dapur tidak menarik dan tidak sistematik, sudah tentu ramai ibu di luar sana tidak minat untuk memasak di rumah. Jadi, ia di dapur amatlah penting supaya kerja kita menjadi lebih mudah dan sistematik.

5 Jenis Susun Atur Dapur

Terdapat lima susun atur dapur yang asas dan anda boleh jadikan ia sebagai rujukan atau idea untuk menyusun atur dapur anda. Tetapi ia bergantung pada saiz ruang dapur anda dan mengikut keselesaan penghuni rumah.

Dua jenis dapur:

  • Dapur basah - tempat di mana sebahagian besar kerja memasak.
  • Dapur kering - tempat untuk melakukan persiapan makanan kering dan lebih ringkas.

Tiga pusat kerja yang penting yang perlu ada pada dapur anda iaitu

  • Dapur memasak
  • Peti sejuk
  • Sinki

Jom kita lihat, apakah 5 jenis susun atur dapur yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang ramai.

1) Susun Atur Dapur Satu Dinding

Susun atur dapur yang menempatkan peralatan, kabinet dapur, sinki, dapur memasak, dan peti sejuk dalam satu barisan pada satu dinding. Ia amat sesuai untuk ruang dapur yang kecil dan besar. Ia memerlukan pergerakan yang banyak untuk mencapai sesuatu benda. Sebagai contoh, anda perlu ke hulu dan ke hilir untuk memasak dan untuk memotong sayur-sayuran.

Kredit: HomelyVille

Ini antara kelebihan dan kelemahan mengaplikasikan susun atur dapur satu dinding di rumah anda.

KelebihanKelemahan
Pergerakan tanpa halangan, bebas untuk bergerakRuang kabinet amat terhad
Tiada halangan visual di dapurTiada teknik segi tiga di dapur dan
kurang cekap berbanding susun atur yang lain
Senang untuk reka, pelan dan binaRuang terhad dan mustahil untuk letak
meja makan sekiranya ruang dapur sempit
Perkhidmatan mekanikal hanya pada satu dindingKurang menarik
Sangat murah berbanding susun atur yang lain
Kelebihan & kekurangan susun atur dapur satu dinding

Apakah ukuran saiz dapur yang minimum untuk aplikasikan susun atur dapur satu dinding?

Pelan di bawah menunjukkan ukuran saiz dapur yang minimum yang diperlukan sekiranya anda ingin mengaplikasikan susun atur dapur satu dinding pada dapur anda.

2) Susun Atur Dapur Galei

Susun atur dapur galei adalah susun atur yang mempunyai dua dinding yang bertentangan yang menempatkan peralatan dapur, kabinet, sinki, dapur memasak dan peti sejuk. Ia mempunyai ruang di tengah untuk laluan dengan pintu masuk pada hujung kedua-duanya atau satu pintu masuk sahaja.

Ia dapat mengasingkan kepada dua zon iaitu zon memasak dan zon pembersihan. Amat sesuai untuk ruang dapur yang luas dan sempit. Namun, kebiasaannya ruang dapur ini menjadi pilihan kepada penghuni rumah kondo, studio dan pangsapuri kerana ruang dapur mereka sangat terhad.

Kredit: beginninginthemiddle.net

Ini antara kelebihan dan kelemahan mengaplikasikan susun atur dapur galei di rumah anda.

KelebihanKelemahan
Menggunakan teknik segi tiga dapur
Laluan yang sempit tidak sesuai jika ramai yang berada di dapur dalam satu masa.
Susun atur ini mempunyai 'countertop' yang lebih besar jika dibandingkan dengan susun atur galei dan susun atur satu dinding.Tidak boleh letak meja makan pada ruang yang sama.
Boleh letakkan pulau dapur atau meja makan mengikut kesesuaian ruang dapur andaTempat penyimpanan barang agak terhad
Kelebihan & kekurangan susun atur dapur galei

Apakah ukuran saiz dapur yang minimum untuk aplikasikan susun atur dapur galei ini?

Pelan di bawah menunjukkan ukuran saiz dapur yang minimum yang diperlukan sekiranya anda ingin mengaplikasikan susun atur galei pada dapur anda.

3) Susun Atur Dapur Bentuk L

Susun atur dapur bentuk L ini amat popular di Malaysia kerana kepraktisan yang ditunjukkannya dan sesuai dengan kebanyakan ruang di dapur. Ia menghubungkan dua dinding menjadi bentuk L dan mempunyai kabinet, ‘countertop’, sinki, peti sejuk, dan tempat memasak. Sekiranya dapur anda mempunyai ruang yang besar, susun atur ini adalah sangat cekap dan fleksibel.

Kredit: towngasmumiacucina.com

Ini antara kelebihan dan kelemahan mengaplikasikan susun atur dapur bentuk L di rumah anda.

KelebihanKelemahan
Menggunakan teknik segi tiga dapur
Titik segi tiga kemungkinan terletak jauh sekiranya ruang dapur anda luas.
Susun atur ini mempunyai ruang 'countertop' yang lebih besar jika dibandingkan dengan susun atur galei dan susun atur satu dinding.Terlalu ramai yang menggunakan susun atur ini di Malaysia.
Boleh letak pulau dapur atau meja makan mengikut kesesuaian ruang dapur anda.Terlalu bosan kerana bentuknya yang biasa sahaja.
Kelebihan & kekurangan susun atur dapur bentuk L

Apakah ukuran saiz dapur yang minimum untuk aplikasikan susun atur dapur bentuk L ini?

Pelan di bawah menunjukkan ukuran saiz dapur yang minimum yang diperlukan sekiranya anda ingin mengaplikasikan susun atur bentuk L pada dapur anda.

4) Susun Atur Dapur Dua Bentuk L

Susun atur ini mempunyai dua stesen kerja yang berasingan dan boleh melakukan dua kerja dalam satu masa. Ia amat sesuai untuk dapur yang luas kerana ia memerlukan ruang di tengah untuk laluan. Satu stesen boleh letak dapur memasak dan sinki manakala satu lagi stesen boleh letak peralatan tambahan seperti ‘microwave’, mesin basuh pinggan atau mesin penapis air.

Kredit: hgtv.com

Ini antara kelebihan dan kelemahan mengaplikasikan susun atur dapur dua bentuk L di rumah anda.

KelebihanKelemahan
Terdapat banyak ruang 'countertop'.Memerlukan ruang lantai yang besar.
Ruang yang cukup untuk dua orang yang bekerja di dapur yang sama.Terlalu banyak ruang kosong pada laluan.
Boleh asingkan kepada dua zon iaitu zon pembersihan dan zon persediaan.Susah untuk mencapai sesuatu barang.
Kelebihan & kekurangan susun atur dapur 2 bentuk L

5) Susun Atur Dapur Bentuk U

Susun atur ini mempunyai tiga dinding kabinet dan peralatan yang disusun dengan bentuk U dan terdapat satu ruang untuk keluar. Ia menyediakan tempat kerja yang lebih besar dan amat sesuai untuk ruang dapur yang luas. Tidak sesuai sekiranya anda ingin menambahkan pulau dapur di tengah-tengah kerana ia akan menghalang laluan. Namun, perancangan dapur yang baik mempunyai lorong sekurang-kurangnya 48 inci lebar dan sukar untuk dicapai dalam susun atur ini.

Kredit: airtasker,com

Ini antara kelebihan dan kelemahan mengaplikasikan susun atur dapur satu dinding di rumah anda.

KelebihanKelemahan
Menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak.Sukar untuk menambah pulau dapur atau meja makan.
Aliran kerja yang sangat baik.Memerlukan ruang yang banyak.
Dapat mengaplikasikan teknik segi tiga.Memerlukan kos yang tinggi.
Kelebihan & kekurangan susun atur dapur bentuk U

Apakah ukuran saiz dapur yang minimum untuk aplikasikan susun atur dapur satu dinding ini?

Pelan di bawah menunjukkan ukuran saiz dapur yang minimum yang diperlukan sekiranya anda ingin mengaplikasikan susun atur bentuk U pada dapur anda.

Haa... Mana satu yang menjadi pilihan anda?

Lima susun atur ini adalah susun atur yang asas sahaja, anda boleh jadikan ia sebagai panduan atau rujukan untuk menyusun atur dapur anda supaya kemas dan sistematik. Sebelum anda mula renovate dapur anda, pilih la susun atur yang sesuai dengan keluasan rumah anda agar anda berasa selesa.

Semoga bermanfaat!

Diterbitkan pada
Februari 9, 2022
Dikemaskini pada
Mac 12, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram