Kayu pallet sememangnya boleh dikatakan banyak fungsi dan kegunaannya kalau anda jenis seorang yang kreatif. Kayu pallet tidak hanya digunakan untuk meletak barang-barang, simen dan benda berat yang lain. Tetapi kayu pallet juga boleh dibuat meja dan kerusi untuk anda bersantai sambil minum kopi di waktu malam hari. Perkongsian menarik hari ini adalah dari warganet facebook iaitu Bonda Waty mengenai D.I.Y kayu pallet hasilkan tempat rehat romantik untuk isteri tercinta.
Sebenarnya D.I.Y seperti ini tidaklah memerlukan bajet yang besar. Kerana kayu-kayu pallet ini mudah dicari dan harganya jugak tidaklah begitu mahal. Sesuai untuk anda yang minat dalam mencuba benda baru. Untuk membuat projek D.I.Y menggunakan pallet ini tidaklah begitu rumit cuma anda perlu rajin dan kreatif sahaja.
Sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk anda bersantai dan melepak di malam hari sambil menghirup udara segar malam hari di luar rumah anda. Jadi kali ini Giler Deco mahu kongsikan beberapa gambar kerusi dan meja yang dibuat menggunakan kayu pallet untuk anda saksikannya sendiri.
Ini adalah keadaan kerusi pallet setelah siap dijadikan kerusi dengan cara diy.
Ini adalah keadaan kerusi selepas siap diy dan siap didekorasi dengan dekorasi bantai bagi menampakkan lagi seri ruang tersebut.
Ini adalah keadaan ruang rehat yang telah selesai melakukan diy dengan cantik dan kemas.
Ini adalah padangan lebih dekat.
Ini adalah keadaan ruang rehat diy ketika malam.Cantik bukan? Ala-ala romantik gitu.
Ini pula keadaan penuh suasana malam.
Pandangan dari sudut lain.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam membuat D.I.Y dengan hanya menggunakan kayu pallet.
Baca juga : Menarik! Projek DIY “Shiplap Wall” Dengan Menggunakan Router.