DIY Wainscoting Dinding Dan Pintu Bajet Cara Bajet

Ditulis oleh

Kalau bercerita tentang wainscoting memang rata-rata pemilik rumah sudah tahu mengenainya. Hal ini kerana waiscoting begitu popular pada masa kini. Selain dari mengupah orang wainscoting juga dapat dilakukan diy dengan kreativiti sendiri. Perkongsian ini adalah dari Dyera Kaieyra mengenai diy wainscoting dinding dan pintu bajet tanpa keluarkan modal besar.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu waiscoting. Wainscoting ini boleh didefinisikan sebagai susunan bingkai yang dipasang pada dinding mengikut corak kesukaan pemilik rumah masing-masing. Wainscoting bukanlah benda baru kerana di negara eropah sudah berkurun lamanya mereka menggunakan kaedah ini untuk mendekorasikan rumah masing-masing.

Perkembangan era globalisasi pada masa kini serta kemajuan teknologi, kemodenan zaman dan kuasa viral. Wainscoting mula mendapat perhatian semula di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Wainscoting mula menjadi popular adalah disebabkan oleh reka bentuknya yang agak moden dan mewah tetapi boleh dibeli dengan harga mampu milik. Dengan wujudnya wainscoting ini, dinding rumah anda tidak lagi nampak suram, kosong dan dinding rumah anda akan nampak lebih ceria bila dipandang.

DIY Wainscoting Dinding Dan Pintu Bajet Tanpa Keluarkan Modal Besar :

Alhamdulillah. Mahu berkongsi diy wainscoting yang baru siap separuh.
Dinding dan pintu. Kami laki bini buat wainscoting sendiri.
Design, tampal dan cat semua kami buat sendiri. Dapatlah kami jimat bajet.
Ini adalah keadaan dinding dan pintu sebelum proses mendiy dilakukan.

deco rumahIni pula keadaan pintu ketika proses diy sedang giat dilakukan.

deco rumahIni pula adalah ketika proses diy dinding dan pintu menggunakan wainscoting hampir siap dalam 80 peratus penambahbaikan.

deco rumahIni pula adalah keadaan dinding dan pintu bilik setelah proses wainscoting selesai dilakukan dengan hasil peluh suami isteri.

deco rumahIni pula adalah proses selepas 100 peratus proses diy siap dilakukan oleh suami isteri tersebut. Cantik bukan hasil yang telah siap dihasilkan?

deco rumahItu sahaja perkongsian kita pada hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendiykan sendiri dinding dan pintu rumah anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 6, 2021
Dikemaskini pada
Mac 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram