Wanita Ini Hasilkan Rak Cantik Bermodalkan RM5

Ditulis oleh

Anda pasti juga pernah mengalami masalah bilik bersepah bukan? Tidak mempunyai bajet yang banyak untuk beli rak baru yang mewah. Jangan risau. Ini cara mudah untuk membuat rak bajet. Tak perlu dah nak beli rak yang mahal-mahal. Hanya guna rak yang RM5 sahaja. Perkongsian kali ini adalah dari Aan. Perkongsiannya pula adalah mengenai hasilkan rak cantik bermodalkan rm5.

Jom ikuti perkongsian oleh Aan di bawah ini.

Hasilkan Rak Cantik Dengan Modal Kurang RM5 :

Bahan-bahan:

  1. 9 biji bakul
    Rak Eco
  2. Cable ties warna putih secukupnya untuk dijadikan pengikat.
  3. Cat semburan enamel boleh dibeli di kedai diy.
  4. Beberapa keping travertine tiruan (atau sepagai pilihan, boleh guna card board yang dibalut dengan wallpaper yang mempunyai texture dan corak marble)

Cara-cara :

  1. Semburkan dengan cat enamel dan jangan lupa di bahagian sisi atas dan bawah juga perlu disembur
  2. Sambungkan 3 biji bakul dan ikatkan dengan cable ties. Lakukan untuk 9biji bakul. Ini bermakna anda akan dapat 3 tingkat rak.
  3. Apabila cat sudah kering sepenuhnya, cantumkan kesemua set dengan cable ties.
  4. Gunting lebihan cable ties untuk hasil yang lebih kemas.
  5. Potong travertine atau cardboard yang telah dilekatkan dengan wallpaper tadi mengikut saiz keperluan untuk dijadikan sebagai kemasan rak sisi, bahagian alas, bahagian atas dan bahagian dalam rak.
  6. Lekatkan travertine tadi dengan menggunakan hot glue.


    Selepas siap melakukan diy dan hasilnya boleh lihat dibawah. Cantik bukan?

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk perkongsian pada kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi idea dan sumber inspirasi kepada anda dalam cuba untuk diy bakul murah dan jimat. Selamat Mencuba ya!

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 21, 2020
Dikemaskini pada
Julai 21, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram