Wanita Ini Hampir Lemas Terhidu Asap Tebal Dalam Rumah

Ditulis oleh

Semua orang tidak akan pernah lari dari masalah "terlupa" dalam hidup ini, Ada kalanya terlupa juga mampu memberi kesan buruk kepada diri kita dan keluarga. Tetapi apa yang kita dapat dari terjadinya perkara seperti ini adalah kita akan lebih mejaga-jaga selepas ini. Bagi mengelakkan perkara yang sama terjadi. Hari ini Giler Deco mahu berkongsi sedikit peringatan dari Ija Juhari. Perkongsiannya adalah mengenai Wanita ini hampir lemas terhidu asap tebal dalam rumah.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini.

Akibat "Panaskan Kari" Wanita Ini Hampir Lemas Terhidu Asap Tebal Dalam Rumah :

 

lemas asap dapur terbakar 3

Syukur Allah masih pelihara. Itu je nak cakap. Rumah masih baik dan selamat.

As usual kalau mak keluar dia akan tutup semua pintu dan tingkap. Memang tutup rapat. Kak Ija pula memang jenis rumah open sebab tak suka guna aircond. Rumah sejuk je. Kalau tak buka kipas pun sejuk musim-musim hujan.

So nak dijadikan cerita hari ini sebelum keluar mak dah tutup semua pintu dan tingkap lepas tu bawa mak pergi rumah saudara dekat Gadong Jaya. Dalam 1 jam juga melepak dekat sana. Dah habis tu mak nak balik Klang terus. Kak Ija balik rumah la.

Sampai dekat rumah, buka sliding. Nampak putih je ingatkan langsir. Teruslah selak. Peliknya apasal tak nampak dalam rumah. Try selak lagi terus terbau asap.
Apalagi berlari terus ke dapur. Dengan keadaan yang penuh asap tu tak nampak dapur pun terus buka pintu dapur and pastu baru tutup api.

lemas asap dapur terbakar 3Kak Ija dah start batuk-batuk. Mata dengan tekak dan sakit. Terus jerit dekat Eesa suruh duduk luar jangan masuk. Kak Ija terus buka semua sliding dengan tingkap.
Terfikir dekat atas macam mana, terus naik atas. Memang semua tertutup rapat. Bilik master tak tutup pintu bilik pun dah penuh asap. Terus berlari masuk dalam buka tingkap.


Nak pengsan kejap sebab dah batuk tak berhenti-henti. Terus berlari keluar laman.
Note : Gambar di tangkap selepas sliding dna tingkap dah buka beberapa minit. Kalau tak langsung tak nampak apa-apa.


Baru faham keadaan orang yang meninggal sebab lemas dalam kebakaran. Memang sakit dada. Sakit mata. Tekak semua sakit.

Peralatan yang wajib ada didalam rumah sekiranya berlaku kebakaran dan sebagainya :

 

Link Shopee : https://invol.co/cl3elqb

Link Shopee : https://invol.co/cl3elt0

Link Shopee : https://invol.co/cl3elv6

Panic sekejap tapi syukurlah masih boleh berfikir dengan pantas. Bila bau je asap terus fikir dapur dan api walaupun memang tahu tak ada masak apa-apa sebelum keluar. Tapi rupa-rupanya mak perangat kari sebelum keluar tadi.

Memang lepas ni kena pasang smoke detecter and beli fire extinguisher. Penting sangat. Walaupun kita tak ada atleast jiran sebelah alert boleh lah dia orang buat something sebelum apa merebak ke rumah-rumah jiran.

Fire extinguisher untuk cepat padamkan api. Penting untuk sediakan dalam rumah. Beli yang kecil pun cukup. Barang-barang ini usaha untuk kita mengelakkan kebakaran lebih besar.

My diagnosis maybe api tak merebak sebab periuk yang digunakan tebal dan api perlahan. Lagi satu tiada bahan yang mudah terbakar seperti langsir atau wiring. Kalau ikutkan memang lama la waktu tu. Sejam lebih, mujur Allah jaga semuanya. Alhamdulillah. Allah Jaga

Semoga perkongsian ini dapat menjadi iktibar untuk atas dan sentiasa berjaga-jaga dalam kehidupan seharian.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
April 7, 2021
Dikemaskini pada
April 7, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram